Blogger news

[x]

Wednesday, 27 August 2014

On 01:47 by Unknown in    No comments


Artis serba boleh, Hans Isaac sebelum ini ada mengeluarkan kenyataan yang beliau sanggup menunggu Neelofa selama tiga tahun, tetapi tidak pula dinyatakan menunggu apa, mungkin untuk kahwin agaknya.

Dalam kenyataan balas terhadap Hans Isaac, Neelofa terharu dengan kesanggupan lelaki itu yang memikirkan masa depan.

“Kami banyak berbincang untuk ke arah yang lebih serius, cuma masih belum buat sebarang keputusan, perbincangan itu bukan atas faktor usianya. Biarlah ada masa yang sesuai kerana kami mahukan perkara ini berkekalan,” kata Neelofa.

“Ada juga dia perkatakan hal ini, tapi dia tidak mendesak.
Dia sangat memahami. Insya Allah, ada masa sesuai perbincangan akan diteruskan,” tambah Neelofa lagi.

0 comments:

Post a Comment