Blogger news

[x]

Friday, 15 August 2014

~BERSAMA KETIKA HAMIL BAHAYA..?~
~INFO LENGKAP~
~SUAMI ISTERI~ TLG aMBIL tAHU


Panduan dan cara bersetubuh ketika hamil atau mengandung. Disini kami ingin berkongsikan bahawa bersetubuh ketika masih mengandung adalah tidak berbahaya dan tidak menjejaskan bayi dalam kandungan. Berikut adalah penerangan dan posisi terbaik untuk suami apabila si isteri sedang hamil.







Adakah Bahaya Bersetubuh Ketika Hamil ?

Secara umumnya, tiada masalah untuk kita melakukan hubungan seks dengan isteri ketika beliau sedang mengandung. Malah hubungan seks ketika mengandung mempunyai nikmat yang berlainan daripada biasa. Ini kerana ketika mengandung, vagina mempunyai lebih lubrikasi dan cairan. Disebabkan lebih banyak pengaliran darah ke bahagian pelvis dan vagina, orgasm yang dialami isteri kita akan menjadi lebih hebat.



Posisi Cara Bersetubuh Ketika Mengandung
Baring di sisi

Jika suami anda di atas, dia perlu lebih kreatif dalam gimnastik semakin perut anda membesar. Tetapi berbaring di sisi membenarkan suami anda menjauhkan sebahagian beasr beratnya dari uterus anda.



Posisi duduk

Suami akan berada pada bahagian bawah, iaitu duduk dan kemudian isteri pula duduk diatasnya dalam keadaan saling bertentangan atau berdepan. Bila situasi kandungan semakin sarat, kedudukan isteri membelakangi suami pula adalah juga posisi yang terbaik.






Posisi baring

Posisi baring sebelah adalah di mana suami berada di atas tetapi mengekalkan baringan dalam separuh badan.






Posisi yang Baik

Posisi isteri di atas ini adalah yang paling ideal dan selesa buat isteri di mana isteri akan beradadiposisi atas kerana dia kaan dapa mengawal kedalaman penetrasi.







Perkara yang perlu dihentikan jika bersetubuh ketika mengandung

Ada keadaan-keadaan penting, di mana anda akan dinasihatkan supaya tidak melakukan persetubuhan. Ini termasuk:
pendarahan;
sakit atau kekejangan abdomen;
pecah ketuban;
sejarah kelemahan serviks;
plasenta praevia, terutama jika anda pernah mengalami pendarahan.








Adakah seks ketika hamil selamat?

Selagi kehamilan anda berjalan secara normal dan tidak mempunyai sebarang masalah semasa hamil, anda boleh melakukan hubungan seks sekerap yang anda mahu. Seks adalah selamat pada semua peringkat kehamilan tetapi ia tidak sesuai kepada ibu yang mempunyai risiko keguguran dan kelahiran pra-matang.
Ada juga pasangan yang risau seks mungkin menyebabkan isteri mereka sakit dan tidak bernafsu. Yang sebenarnya nafsu mungkin meningkat semasa hamil bagi sesetengah wanita. Pada trimester pertama, kadar naik turun hormone, keletihan dan loya boleh menjejaskan nafsu seksual anda. Pada trimester kedupeningkatkan aliran darah ke organ-organ seksual dan payudara anda mungkin meningkatkan nafsu seksual seseorang wanita semasa hamil. Akan tetapi pada  trimester ketiga, pertambahan berat badan, sakit belakang dan gejala lain mungkin menjejaskan nafsu seksual anda.
Oleh itu, Berbincanglah dengan pasangan anda tentang kehendak dan naluri masing-masing.

Seks ketika hamil boleh menyebabkan keguguran?

Ramai pasangan bimbang bahawa hubungan seks semasa hamil akan menyebabkan keguguran, terutama dalam trimester pertama. Keguguran pada awal kehamilan biasanya berkaitan dengan keabnormalan kromosom ataupun masalah-masalah lain pada perkembangan bayi. Ia tidak berkaitan yang hubungan seksual yang anda lakukan. 

Adakah seks ketika hamil membahayakan bayi?

Ramai pasangan selalunya risau hubungan seks boleh mempengaruhi perkembangan bayi ataupun menyakitkan bayi. Sebenarnya bayi anda dilindungi oleh air ketuban dalam rahim yang boleh menghalang jangkitan kuman, gegaran atau geseran yang mungkin berlaku semasa hamil. Plag mukus juga membantu menutupi serviks sepanjang kehamilan anda. Oleh itu, aktiviti seksual tidak akan menjejaskan bayi anda.
Bilakah seks menjadi tidak selamat semasa hamil?
Mengalamirisiko keguguran berulang
Pernah mengalami kelahiran pra-matang
Mempunyai masalah uri bawah ataupun plasenta privia,
Air ketuban anda telah pecah
Mengalami pendarahan faraj
Anda dan pasangan anda mengalami jangkitan kuman kelamin.
Kehamilan kembar dan pada peringkat akhir kehamilan


Video ini menjelaskan adakah seks ketika hamil selamat


0 comments:

Post a Comment