Blogger news

[x]

Sunday, 31 August 2014

On 05:16 by Unknown in , ,    No comments

[TERNOW]~LUAHAN SEDIH~SELAMA INI ALLAH BANYAK BERI TEGURAN DGN PELBAGAI KEJADIAN~JOHAN AS'ARI

Populariti Yang Dikecapi Buat Saya Lupa Sembahyang & Zikir – Johan As’ari

Ya dunia artis sememangnya penuh dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Wang ringgit, wanita, kesibukan, glamour, populariti dan macam-macam lagi. Kalau tak kuat iman di dada, memang boleh hanyut dibuatnya. Agaknya itulah yang terjadi kepada Johan As’ari. Menerusi pengakuan yang dibuat olehnya, Johan memaklumkan yang dirinya sehingga terlupa untuk bersembahyang dan berzikir kerana leka dibuai dalam ke’glamer’an dunia artis.



 Johan As’ari nampakya telah sedar yang dirinya telah terpesong jauh daripada jalan yang lurus. Kini Johan sudah taubat. Menangisi dan menyesali perbuatan lampaunya. Kata Johan menerusi Mstar.

Dahulu saya seorang yang cintakan ilmu dan sanggup menggambara ke Batam dan Jambi, Indonesia berbulan-bulan bagi mendalami pengetahuan Islam. Kemudian saya balik ke Malaysia dan belajar di Kolej Universiti Islam Malaysia (KUiM) dalam jurusan kaunselor, selepas itu saya mendapat tawaran berlakon.

Sekelip mata saya terus jadi popular yang saya langsung tidak pernah terfikir. Daripada situ saya sedikit demi sedikit berubah dan seronok dengan populariti yang saya kecapi hingga lupa untuk sembahyang dan berzikir yang dahulunya memang menjadi amalan saya.

 Saya benar-benar sedar dan menangis meminta keampunan daripada Allah S.W.T. Selama ini Allah banyak kali beri teguran melalui beberapa kejadian yang menimpa saya, namun hati saya sudah mati dan tidak menyedarinya.

Alhamdulillah ketika bangun pagi Selasa yang lalu tiba-tiba saya rasakan taufik dan hidayah Allah meminta saya bertaubat untuk kembali ke jalanNya semula.

Saya berniat untuk kembali semula untuk belajar seperti dahulu dan mendalami ilmu agama agar hati saya tidak tersasar.



#Kalau anda perasan, sejak dahulu lagi menerusi akaun sosialnya Johan As’ari sering berkongsi kata-kata hikmah, dakwah dan mengajak peminatnya melakukan ibadah. Ia adalah satu inisiatif yang sangat bagus, smoga Johan Istiqamah,


#ALHAMDULILLAH

0 comments:

Post a Comment