Blogger news

[x]

Sunday 31 August 2014

On 11:00 by Unknown in ,    No comments

[WOW] TENTANG HATI..??  
AARON AZIZ & ANZALNA..??




Tentang Hati??

Kuala Lumpur – Pelakon popular Aaron Aziz dan Anzalna Nasir
Fasha Sandha, Rusdi Ramli disatukan dalam sebuah drama bersiri terbaru berjudul ‘Tentang Hati’ yang disiarkan menerusi saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Drama bersiri 13 episod ini telah pun bersiaran mulai 6 Ogos, setiap Rabu dan Khamis, pukul 9.00 malam di TV2. Ianya bakal memberikan saingan hebat kepada drama-drama sedia ada tayangan waktu perdana di kaca televisyen.

Drama arahan Feroz Kadir terbitan Global Station Sdn Bhd ini mengisi slot Selekta Prima yang menjanjikan tayangan drama-drama bersiri terbaik khas untuk penonton setia saluran RTM.


Ia mengisahkan tentang Azia (Fasha Sandha) seorang pemilik resort yang merupakan harta peninggalan keluarga. Azia menghadapi konflik percintaan bersama Zaquan (Aaron Aziz) dan pada masa yang sama, Umar (Rusdi Ramli) turut menyimpan perasaan kepada Azia.


Sarat dengan babak-babak cinta dan kekeluargaan yang mendalam, penonton pastinya teruja menyaksikan plot kisah gandingan pelakon-pelakon hebat tanah air dalam drama ini.


#Bibir Mesra kureng layan.. =)

0 comments:

Post a Comment