Blogger news

[x]

Thursday, 4 September 2014

[DOA] HILANGKAN KESAKITAN KETIKA SEDANG MENGALAMI SAKIT SENGGUGUT,DATANG HAID TIDAK TERATUR~[INFO LENGKAP]




~InsyaALLAH~ 


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Sakit senggugut hanya wanita sahaja yang tahu betapa sengsara ketika mengalaminya. Pada wanita-wanita yang selalu mengalami sakit senggugut cuba amalkan bacaan doa-doa ini yang mana captain pernah membuat rawatan kepada anak-anak perempuan ketika mereka sakit senggugut. Insha Allah dengan izinnya akan hilang terus kesakitan itu dan kembali normal.

Kata seorang doktor kawan baik captain, sakit senggugut ini ada bersangkutan dengan jin apabila melibatkan darah kotor. Sebab itu apabila dibacakan dengan ayat-ayat Al-Quran, maka segeranya hilang kesakitan itu. Wallahu alam.

Cara-caranya.

Minta ayah, abang kandung atau kawan terdekat buatkan air bacaan itu. Ambil segelas air kosong dan bacalah ayat-ayat dibawah tersebut. Ditiupkan pada air setiap kali baca.


1. Shalawat - 3 KALI
2. Al-Fatihah - 1 KALI
3. Ayatul Kursi - 1 KALI
4. Surah Al Nahl: Ayat: 65 -  3 KALI
5. Surah Ali Imran: Ayat 5 , 6 -  3 KALI


DOA 1. (Surah Al Nahl: Ayat 65)



Maksudnya:

"Dan Allah menurunkan hujan dari langit, lalu Dia menghidupkan dengan air hujan itu akan bumi sesudah matinya; sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat satu tanda (yang membuktikan kebijaksanaan Allah) bagi kaum yang mendengar (peringatan ini dan memahaminya)". (Surah Al Nahl: Ayat 65)


DOA 2.  (Surah Ali Imran: Ayat 5,6)



Maksudnya:

(5) Sesungguhnya bagi Allah tidak ada satupun yang tersembunyi di bumi dan tidak (pula) di langit. (6) Dialah yang membentuk kamu dalam rahim sebagaimana dikehendaki-Nya. Tak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (Surah Ali Imran: Ayat 5,6)

ATAU 

CARA YANG RINGKAS

DOA UNTUK WANITA DATANG HAID TIDAK TERATUR DAN SENGUGUT.



Doa-doa ini baik diamalkan bagi wanita yang datang haidnya tidak teratur dan yang mengalami sengugutnya yang teruk. Masalah hormon yang ketidakstabilan juga mungkin menjadi salah satu faktor kenapa haidnya tidak teratur. Wanita yang belum kahwin dan mengalami sengugut yang kronik. Ia akan hilang sendiri selepas berkahwin.

Wanita yang mengalami kitaran haid yang tidak menentu juga memang dikaitkan dengan keadaan ovulasinya yang tidak teratur atau ketiadaan ovulasi. Bagaimanapun, ada di kalangan wanita yang mengalami haid yang tidak teratur tetapi berupaya hamil tanpa bantuan perubatan.

Cara-caranya:

1. Baca selalu doa-doa ini selepas solat. (di atas)
a) (Surah Al Nahl: Ayat 65)
b) (Surah Ali Imran: Ayat 5 , 6)

2. Tiupkan dan sapu pada bahagian peranakan di bahagian atas dan bawah perut sebanyak tiga kali.

3. Yakin pada Allah SWT Yang Maha Penyelamat (As Salam) dapat menyembuhkan semua penyakit zahir dan batin.

Insha Allah dengan izin-Nya. Moga-moga dipermudahkanNya.

SUMBER captain@resepirahsia

0 comments:

Post a Comment