Blogger news

[x]

Saturday, 16 August 2014

On 08:21 by Unknown in    No comments
~KAWASAN PUTRAJAYA MEMANG KERAS, YANG TAHU JE TAHU.??~




Kisah Bukit Tahan di Putrajaya..

#by Wujud(PARANORMAL TEAM)
Salam semua.. Sebelum sy teruskan cerita sy ni.. Sy nk tanya sikit.. Berapa ramai yg masih percaya kewujudan hantu,jin or syaitan ni?? Memang bertuah bg mereka yg pernah melihat kelibat hantu.. Sbb tak ramai yg boleh nampak kemunculan hantu.. Okay lah .. Sy nak kongsikan 1 lg cerita mengenai orang bunian.. Ikuti kisahnya semoga terhibur...

Pada jam 6.30pm..
Aku memecut laju motorsikal yg aku tunggang.. Kerana aku telah terlewat utk pergi ke tempat kerja.. Aku bertugas sebagai pengawal keselamatan di salah satu bangunan kerajaan di putrajaya.. Aku baru seminggu berkerja shiff malam..

Jam 7pm,
setelah aku memasuki kawasan putrajaya.. Aku memperlahankan motor yg ku tunggang kerana khuatir ada CCTV yg menangkap had kelajuan kenderaan.. Aku patuhi setiap arahan di jalan raya kerna tidak mahu kena saman.. Tiba di PICC aku lihat jam tangan aku.. Aku berasa gelisah kerana aku akan dimarahi oleh penyelia bila tiba di tempat kerja nanti.. Lalu aku terus memikirkan alasan-alasan yg harus aku beri pada penyelia ku nanti.. Tiba di persimpangan Lingkaran Dataran Gemilang.. Aku perolehi satu idea.. Aku terus menunggang motorsikal dgn gembira.. Namun apabila aku tiba di satu kawasan yg digelar "Bukit Tahan" tersebut,, hati ku berdegup kencang.. Entah mengapa perasaan aku tiba2 sahaja menjadi takut.. Aku biarkan perasaan takut ku berlalu dgn berfikir tentang hal2 lain.. Namun aku tak berjaya.. Entah bagaimana aku asyik fikirkan tentang kemalangan yg berlaku di kawasan itu, yg berlaku pada 4hari yg lalu.. Kemalangan tersebut meragut nyawa sepasang suami isteri.. Aku terasa perjalanan ku agak panjang pada hari itu..

Jam 7.15pm,
aku masih di laluan Bukit Tahan.. Aku hairan kenapa aku masih dilaluan ini.. Sedangkan laluan ini sangat singkat sebenarnya.. Sedang aku leka berfikir tiba-tiba aku ternampak sekumpulan gadis sedang bermain di kaki bukit tahan .. Seramai tiga orang gadis di situ.. Aku berhenti di bahu jalan.. Dan aku perhatikan ketiga-tiga gadis itu.. Mereka berpakaian sopan dan sangat menarik perhatian ku.. Aku asyik melihat mereka .. Tiba-tiba sebuah kereta memberikan hon pada aku.. Aku terkejut dan terus aku menoleh pada kereta yg membunyikan hon tersebut.. Rupanya pemilik kereta itu adalah penyelia di tempat kerja ku.. Beliau bertanya pada aku.. Kenapa aku berhenti di situ.. Lantas aku terus memberi tahu .. Motor Aku kehabisan minyak... Lalu dia terus meminta aku utk meninggalkan motorsikal ku di situ dan menaiki kereta beliau pergi ke tempat kerja.. Aku menoleh ke arah bukit tahan semula,. Aku tidak lagi terlihat gadis2 yg manis tadi.. Aku berfikir kemungkinan mereka sudah beredar dari sana semasa aku berbual bersama penyelia aku sebentar td..

Jam 7.30pm,
penyelia aku mengajak bersolat di masjid Tuanku Mizan, aku terus menerima permintaan dia.. Setelah selesai menunaikan kewajiban .. Aku bersama penyelia aku terus menuju ke tempat kerja ku.. Setiba di sana aku terus lapor diri kepada ketua pertugas shiff malam, lalu penyelia aku terus menghantar ku ke post kawalan aku yg berada di tingkat bawah(basemant) .. Tiba di post kawalan, pemyelia aku terus menyoal aku satu soalan ..
" kenapa kau berhenti di Bukit Tahan tu td??" aku menjawap "minyak motor habis tuan".. "aku tau, sebenarnya minyak motor kau ada lagi kan, baik kau jujur je dgn aku".. " Iye tuan, minyak saya ada, td saya berhenti sbb sy...." penyelia aku terus pintas jawapan aku.. "sebab kau nampak perempuan cantik kat bukit tu kan??" .. "haa, mcm mana tuan tau".. "sebab aku pun pernah nampak diorang juga dulu".. Aku terus menyoal satu persatu soalan.. "tuan pernah nampak mereka dulu.??" ... "Iye, mereka adalah org bunian yg menetap di situ"... Penyelia aku menceritakan perihal bukit tahan tersebut..

Beliau memberitahu pada ku.. Sebenarnya di kawasan bukit tersebut hendak dijadikan tapak projek sebuah bangunan, namun terpaksa di hentikan kerana pihak pemaju tidak berjaya meratakan tanah bukit tersebut.. Kesemua jenis jentera berat tidak akan berfungsi dan akan rosak sekiranya mereka menyentuh atau berhajat utk memusnahkan kawasan tersebut... Dan penyelia memberitahu pada ku jugak.. Dikawasan yg aku berhentikan motor tadi pernah di temui seorang wanita mati di gilis lori tanah.. Mayatnya terbiar hampir 12jam disitu kerana pihak polis tidak berjaya mengangkat mangsa kerana terlalu berat.. Akhirnya pihak polis memanggil seorang ustad dan terus ustad tersebut memberitahu bahawa.. Ada sesuatu yg tidak mengizinkan kita mengangkat mangsa.. Lantas ustad tersebut terus membacakan sepotong ayat Al-Quran pada sebotol air mineral dan direnjiskan sedikit air di sekitar mangsa.. Selesai saja upacara tersebut.. Mayat yg td berat menjadi ringan.. Disitu memang ada sesuatu.. Iaitu penduduk kampung bunian.. Selagi kita tidak ganggu dia.. Dia tak ganggu kita..

-Husaini-

0 comments:

Post a Comment