Blogger news

[x]

Saturday, 16 August 2014

On 08:04 by Unknown in    No comments
~Misteri Anak Bukit di Presint 5, Putrajaya, 
kelibat Harimau..??~


by pahlawanbasikal

Sebenarnya, aku ada satu cerita misteri yang nak dikongsikan dengan korang semua. Satu je, tak banyak. Ye lah, kalau ikutkan cerita misteri ni, banyak jugak le pengalaman aku.
Contohnya, 12 tahun dulu masa pulang dari rumah kawan, aku tersempak dengan hantu naik basikal. Cerita betul ni, bukannya aku sengaja reka-reka tau. Dan, aku juga pernah diangkat ketika tidur di chelet Darulaman Golf Resort, Kedah.
Tapi, itu cerita lama; yang aku nak cerita ni pulak cerita baru. Cerita yang baru aku tau bulan lepas.


PICC di Putrajaya.

Seboleh-bolehnya aku memang tak nak ambik tau benda-benda macam ni. Nanti menyusahkan aku. Tapi, mulut orang mana boleh tutup. Kalau dah bagitau, tak kan aku nak tutup telinga pulak.
Cerita yang aku dapat tau ni pun daripada orang yang duduk sekitar Putrajaya, terdapat beberapa bukit yang dikatakan berpenunggu iaitu di Presint 4 dan di Presint 5.
Apa yang menariknya, bukit-bukit tu le laluan aku masa aku berlari dan berbasikal pada malam-malam tertentu.

Bukit yang dikatakan berpenunggu yang kat Presint 4 tu adalah laluan aku ketika latihan berlari. Dan, bukit Presint 5 tu pulak adalah laluan aku pulang dari lumba mini Tri PAku setiap malam Rabu dan Jumaat.

Yang menariknya, aku akan lalu sebelah bukit tu tepat jam 12.05 tengah malam!

Di bawah ini adalah lokasinya:

Lihat Bukit Harimau Jadian dalam peta yang lebih besar.
Apa yang aku dengar cerita orang, bukit-bukit yang aku sebutkan tadi tu ada persamaan — bukit tu tak dapat dipecahkan bagi tujuan pembinaan bangunan.

Tapi, apa yang buat bezanya antara dua bukit tersebut adalah bukit di Presint 5 tu ada Harimau Jadian dan bukit di Presint 4 pulak tak ada.

Aku tak pasti sejauh mana benarnya cerita ini. Untuk kepastian, aku cuba googled tentang "misteri bukit Putrajaya" dan memang ada cerita-cerita seram tentang bukit yang aku sebutkan tadi.


Bukit inilah yang aku maksudkan. Aiseh, ada pokok lindung
pulak!



Okey, aku dah panjat naik ke atas benteng.
Ini lah bukitnya.

Sepanjang pengalaman aku pulak, tak pernah pulak jadi benda-benda pelik setiap kali aku lalu bukit-bukit tu. Bukanlah aku cakap besar. Aku pun takut jugak kalau betul-betul ada Harimau Jadian melompat depan aku. Usahkan harimau, anjing menyalak 50 meter dari aku pun aku akan tukarcrank besar sepantas mungkin.



Salah satu perhentian bas yang terdapat di sekitarnya.



Sekeliling bukit tersebut mempunyai kesan-kesan pecah
yang mungkin daripada jentolak.


Di sekeliling bukit tersebut terdapat kesan peninggalan kerja-kerja pemecahan bukit itu. Terdapat juga jaring-jaring berwarna hijau di sekeliling bukit yang dibiarkan mereput macam tu sahaja.

Dalam erti kata lain, kelihatan ianya hasil kerja separuh jalan dan ditinggalkan serta merta.

Aku percaya ada jugak yang tak tahu cerita ini. Kepada mereka yang baru je tahu hasil daripada cerita aku ini, anggap sahaja cerita aku ini sebagai hiburan. Aku pun hanya mendengar cerita daripada penduduk setempat. Jadi, aku pun tak tahu samada betul atau pun tak.

#wallahua"lam

0 comments:

Post a Comment