Blogger news

[x]

Friday, 15 August 2014

On 07:50 by Unknown in ,    No comments
~Berpelukan Dengan Pocong Di Atas Katil..(Kisah Benar)?~


Saya ingin dikenali sebagai Caca. Kisah yang ingin saya ketengahkan berlaku lebih kurang lima tahun dahulu kalau tidak silap. Bapa saya mempunyai seorang teman karib yang dikenali sebagai Wak (...) dan usianya dalam lingkungan 70-80an tahun. Saya tak tahu sama ada cerita yang ingin disampaikan ada bersangkut-paut dengan orangnya atau secara kebetulan sahaja. Wak telah meninggalkan kami. Apa yang saya tahu tentangnya adalah dia seorang yang kelakar, baik, suka berbaju batik dan pandai berubat. Jadi setelah dia pergi, memandangkan bapa saya agak rapat dengannya, keluarga si arwah pun telah mengamanahkan bapa saya untuk tolong 'membuang'/hapuskan barang2 arwah di laut kalau tidak silap.

Sebelum ia dihapuskan, barang2 tersebut khususnya barang perubatannya, ditempatkan di rumah kami buat beberapa hari. Pada mulanya memang saya pun tak mengesyak apa2. Selang beberapa hari, entah mengapa saya tiba2 mempunyai perasaan ingin tahu. Saya cuma lihat ke arah beg tersebut tetapi tak berani memegang atau lakukan apa2. Malangnya, malam tersebut saya tidak boleh tidur, macam ada sahaja yang mengganggu. Selalunya cara saya tidur, saya memeluk erat bantal peluk saya. Malam itu adalah malam yang tidak dapat saya lupakan sampai bila2. Kerana itulah kali pertama di dalam hidup saya, saya terlihat makhluk yang digelar hantu. Percaya atau tidak, tetapi saya berani bersumpah.


Waktu saya pejamkan mata dan memeluk erat bantal peluk saya, seolah-olah saya sedang memeluk badan orang kerana dengan tiba2 saya rasa bantal peluk saya sedang bernafas turun naik badannya. Jarak muka dan bantal hanya beberapa inci. Saya dapat rasakan nafas di muka saya yang agak panas, ibarat saya betul2 sedang memeluk manusia walhal ia adalah bantal peluk saya. Saya tak berani gerakkan badan saya dan buka mata. Tiba2 datang bunyi dari bantal peluk tersebut, suara yang garau, "aaaareerrrrrrrrrr..."

Saya macam tak percaya dengan apa yang berlaku, sama ada ianya bukan khayalan atau halusinasi. Saya beranikan diri untuk membuka mata saya. Alangkah terkejutnya saya, bantal yang saya peluk itu sebenarnya adalah POCONG...!!! Benar!!! Ukuran bantal saya yang sebetulnya hanya sampai ke lutut saya tetapi bila saya buka mata, bantal saya sama ukurannya dengan saya iaitu hingga ke bahagian telapak kaki. Pocong yang selalu kita ketahui diikat dengan kain putih tetapi yang dipeluk saya itu berbatik hijau gelap seumpama kain batik yang sering dipakai Wak...!!! Mukanya memang gelap benar. Memang saya tidak dapat lihat dengan jelas tapi apa yang saya nampak di bahagian kelopak matanya berlubang, tidak ada bola mata pun!!!

Saya pejamkan mata, lalu membaca apa sahaja yang terlintas di benak saya ketika itu dan apabila saya buka mata saya kembali, makhluk yang saya peluk telah kembali ke asalnya iaitu bantal peluk saya. Setelah kejadian itu memang saya tidak boleh tidur hingga ke Subuh esoknya. Bayangkan saya diganggu dari jam 11 lebih malam hinggalah ke 5 pagi esoknya. Apabila saya lelapkan mata sahaja, macam2 yang akan saya termimpikan, semuanya yang gerun2. Apa yang masih boleh saya ingat, saya termimpi berada di sebuah bilik kosong yang agak luas dan gelap. Di hadapan saya ada buai2 di mana ada seorang wanita berambut panjang dan berpakaian putih sedang duduk di buaian tersebut. Saya terbangun dan istighfar. Apabila terlelap lagi, saya tak tenteram, badan saya seperti ada angin yg hendak keluar dari tubuh. Saya rasakan badan saya ternaik dan macam2 lagi saya diganggu pada malam tersebut.

Itu sahaja pengalaman saya yang paling menyeramkan sejauh ini, berpeluk dengan makhluk pocong di katil...!!!

Sekian,

#eeeeiii,,,

0 comments:

Post a Comment