Blogger news

[x]

Saturday, 16 August 2014

On 12:11 by Unknown in , ,    No comments
~10 CARA MENGEMPISKAN PERUT YANG BERKESAN DALAM MASA SEBULAN~?




Ramai orang sekarang mengalami sindrom lemak di perut ni senang cakap buncit lah. Tak kira lelaki atau pun perempuan. Kalau lelaki tu boleh la kata sebab isteri sayang. Tapi kalau orang perempuan, macam macam tohmahannya. Kesian orang perempuan ni. Hehehe.

Oleh itu, aku nak suggest kaedah mengempiskan perut yang berkesan. Tapi dengan syarat. Kena istiqamah betul betul. Bunyinya macam menakutkan. Takde lah susah sangat pun sebenarnya.

7 TIPS MENURUNKAN BERAT BADAN TANPA PERLU BERLAPAR

Cara-cara mengempiskan perut (obvious result dalam masa sebulan)

(1)Pakai bengkung/barut/corset atau apa apa saja nama yang sewaktu dengannya. Nak mudah beli baju corset tu. Tapi tak payah la yang mahal melampau. Sebab baju dalam tu sebenarnya untuk perbaiki postur badan dan juga sendal lemak. (Pandangan peribadi) Yang memahalkan sesuatu baju dalam tu adalah material dan design nya (tapi bukanlah additional material sampai magic bila pakai tu lemak terus cair disebabkan oleh tut..pepaham lah). Material yang baik akan menyendal lemak dengan baik tanpa menyebabkan pernafasan terganggu. Ia secara tak langsung membantu perjalanan darah dan memastikan kita berada dalam postur yang betul. Untuk permulaan atau nak cuba cuba teknik ni aku sarankan just guna bengkung orang bersalin tu je. Tapi kena rajin nak mengikatnya la. Sebab nak kena pakai at least 8 jam setiap hari tak kira hujan ke panas. Seeloknya pakai waktu siang sepanjang hari masa pergi kerja tu. Bila pakai bengkung ni nak terover makan pun akan rasa sengkak. 

(2) Pastikan duduk dan berdiri dalam postur yang betul. Jangan slouch. 

(3) Sentiasa lakukan stomach vacuum technique (Boleh google kaedahnya) Oleh kerana pakai bengkung, automatically kita akan sentiasa aware yang kita dalam proses nak mengempiskan perut. Sambil buat vacuum technique, kena kawal pernafasan dengan baik.

(4) Senaman setiap pagi atau sekurang kurangnya dua hari sekali. Kalau tak cukup masa nak bersenam boleh refer pada entry senaman 10 minit. Plank adalah salah satu teknik senaman berkesan untuk menguatkan tubuh sambil mengempiskan perut

(5) Makan sedikit tapi kerap dan make sure ambik breakfast selepas bersenam

(6) Banyakkan makan serat, sayur dan buah buahan




Teh hijau jangan ditambah gula. Baik untuk meningkatkan kadar metabolisme .

(7) Minum teh hijau dan pastikan minum air yang cukup. Teh hijau sangat sangat membantu melawaskan buang air besar. Selain dari tu bantu menurunkan kadar kolestrol kalau diambil berterusan dalam masa 12 minggu (menurut kajian) Kalau rasa lapar macam craving nak makan. Minum air kosong segelas dulu. Lepas tu baru tengok. Kalau lapar jugak, makan lah.

(8) Paling baik kurangkan makanan berminyak dan berlemak

(9) Lebih baik lagi kalau elakkan dari makan makanan yang diproses

(10) Amalkan secara istiqamah selama sebulan. Dan memang akan nampak kesannya. Dalam 2 minggu pertama, nafsu nak makan secara berlebihan akan berkurang. Dan badan akan rasa lebih "ringan" kerana senaman yang konsisten

Selamat mencuba.

Nota kaki : Teknik ni kwn Honey amalkan ketika nak mengempiskan perut selepas bersalin. Bengkung tu guna bengkung bersalin je. Tambah lagi gunakan tepel kat perut tu. Rasa selesa je perut. Habis keluar angin bagai. Ada orang kata, ala..ko kurus apa nak risau..Hakikatnya, aku da bersalin dua orang ni memang risau bab bab perut tu. Ditambah lagi, honey memang amat amat suka makan.

0 comments:

Post a Comment