Blogger news

[x]

Wednesday 17 September 2014

On 22:16 by Unknown in , ,    No comments
[PANAS] ~KISAH NEGERI BUMI KENYALANG YANG ANDA TIDAK KETAHUI!!!~


Sikap memandang rendah terhadap rakyat Sarawak memang tidak pernah berakhir. Malah sikap itu semakin menjadi-jadi terutamanya di media sosial yang menghina Sarawak tanpa memikirkan akibatnya. Rakyat Sarawak dihina dan dicerca secara terbuka di media sosial mahupun pentas politik. Namun, atas dasar tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan, ramai rakyat Sarawak mengambil pendirian mendiamkan diri dan tenang. Kerana di fikiran rakyat Sarawak, golongan seperti ini hanya menilai kulit buku, bukannya isi kandungan buku.

Di bawah adalah 6 fakta mengenai negeri bumi kenyalang yang anda perlu ingat dah tahu. Kongsikan kepada rakan-rakan anda, ubah persepsi mereka. Ini kisah negeri bumi kenyalang yang selalu dihina orang.

1. Orang cakap kami tinggal dalam hutan. Tetapi tahukah anda, rumah kami diperbuat daripada kayu belian yang sangat mahal harganya?

2. Orang cakap kami tinggal di rumah panjang yang sangat buruk. Tetapi tahukah anda, kami membina rumah itu dengan wang tunai, bukannya berhutang dengan mana-mana pihak?

3. Orang kata rakyat Sarawak miskin. Tetapi tahukah anda, rakyat Sarawak tidak pernah meminta bantuan seperti rancangan BERSAMAMU?

4. Orang cakap rakyat kami guna pengangkutan yang amat mundur. Tetapi tahukah anda bahawa, di setiap daerah di negeri Sarawak mempunyai lapangan terbang yang amat canggih?

5. Orang cakap kami terlalu banyak kaum. Tetapi tahukah anda bahawa, masjid dan gereja dibina bersebelahan di negeri Sarawak?

6. Orang cakap kami berkawan dengan beruk. Tetapi tahukah anda bahawa kami mengekalkan khazanah yang ada untuk tatapan anak cucu kami nanti?

Ya, terlalu banyak yang orang kata mengenai Sarawak tetapi tanpa mereka sedari, merekalah yang mengemis di bumi sendiri. Kami memang mundur dari segi pembangunan jika dibandingkan dengan negeri kalian. Tetapi di sebalik kemunduran itu, kami mengekalkan khazanah, budaya dan adat untuk generasi kami yang akan datang.

Sekurang-kurangnya anak cucu kami masih mengenal apa itu hutan, beruk, perahu, sumpit berbanding anak cucu kalian yang hanya tahu apa itu sisa sampah.

SUMBER

0 comments:

Post a Comment