Blogger news

[x]

Sunday, 28 September 2014

On 09:42 by Unknown in , ,    No comments


PENSYARAH HANTAR GAMBAR BOGEL KEKASIH DI PENJARA | DI SINGAPURA, percubaan seorang pensyarah lelaki untuk membalas dendam terhadap bekas kekasihnya dengan menghantar gambar bogel gadis itu kepada ibu-bapanya membawa padah apabila dia dijatuhi hukuman penjara tiga minggu oleh mahkamah.

Tertuduh, Low Peng Hui, 50, yang didakwa atas kesalahan mengedar gambar lucah turut disifatkan oleh hakim sebagai ‘keji dan pengecut’.

Low mengaku bersalah menghantar gambar tersebut kerana kecewa apabila ditinggalkan oleh bekas kekasih yang juga merupakan bekas pelajarnya.

Dikhabarkan juga bahawa gadis yang berusia tersebut telah menemui penggantinya yang jauh lebih muda dari Low.

Dalam surat yang dihantar bersama gambar tersebut, pensyarah yang sudah berkahwin itu turut menghina mangsa dengan mengatakan bahawa dia ‘”tiada dara lagi, sangat longgar, mempunyai bau badan dan kurang bijak”.

Pihak pendakwa menyatakan bahawa surat yang dihantar tertuduh pada November tahun lalu telah menjejaskan emosi keluarga mangsa terutama ayahnya yang berusia 71 tahun hingga jatuh sakit.

Low kini bukan sahaja terpaksa menjalani hukuman penjara, malah turut digantung pekerjaannya.

0 comments:

Post a Comment