Blogger news

[x]

Tuesday, 19 August 2014

On 22:14 by Unknown in , ,    No comments
[VIDEO RAKAMAN]~NYANYIAN LAGU SELAMAT HARI JADI MAK & DENDANG PERANTAU MENERUSI  WHATsAPP JADI HADIAH TERAKHIR BUAT IBU & KELUARGA TERSAYANG~ 
~ALLAHYARHAM SHAIKH MH17 ~


SAYU NYA HATI..
Al-fatihah
Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang yang beriman…

SAYU, LAGU RAYA TERAKHIR PRAMUGARA SHAIKH MOHD NOOR BUAT KELUARGA

Tragedi MH17 sangat memberi kesan kepada kita semua. Dalam keriangan bakal menyambut Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi kita tiba-tiba dikejutkan dengan berita pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di Ukraine.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Kesedihan kita mungkin tidak sesedih ahli keluarga mangsa yang terlibat. Begitu juga dengan ibu salah seorang anak kapal MH17, Amna Mohd Sharif, 65. Beliau merupakan ibu kepada Shaikh Mohd Noor, 44, atau dipanggil Mat Noor.



LAGU TERAKHIR ALLAHYARHAM SHAIKH MOHD NOOR. =(


Menurut Amna, beliau amat terasa kehilangan anak sulungnya itu. Apatah lagi kalau mendengar kembali lagu nyanyian anaknya itu yang ditujukan kepadanya sempena hari kelahirannya.

Antara bait lagu berkenaan sebagaimana dibawah:

“Selamat hari jadi…

selamat hari jadi….

selamat hari jadi mak tersayang….

selamat hari jadi….

Selamat panjang umur….

dimurahkan rezeki….

disihatkan tubuh badan….

diterima segala amalan….

Selamat hari jadi makkkkk….muahhhhhh!!!!”


Lagu berdurasi 30 saat itu dinyanyikan sendiri oleh Mat Noor, sebelum dihantar melalui aplikasi WhatsApp adik-beradik untuk ditujukan kepada ibunya pada 5 Julai, sembilan hari sebelum hari lahir ibunya. Ketika itu Shaikh Mohd Noor sedang bertugas di awan biru.

“Lagu itu dihadiahkannya beberapa hari sebelum hari jadi makcik. Setiap kali makcik dengar, hati makcik terusik. Mat Noor memang suka menyanyi dan main gitar. Tetapi makcik tak sangka lagu ini adalah hadiah terakhir darinya untuk makcik,” katanya sebak. Lagu itu lagu kenangan, yang tak mungkin Amna lupakan…

Hati Amna bertambah sebak bila mendengar lagu Dendang Perantau nyanyian anak sulung daripada lima beradik itu yang turut dimuat turun melalui WhatsApp.

“Lagu itu ditujukan untuk adik-adiknya, makcik dan walid (bapa) sempena kedatangan Aidilfitri. Dia beritahu mahu sambut raya pertama bersama kami di rumah ini. Kebetulan raya kali ini dia dapat cuti beberapa hari. Makcik sudah bersedia untuk masak makanan kegemarannya, ayam masak kicap dan pajeri terung. Namun kini semua tinggal kenangan…,” katanya.

Kali terakhir Amna dan keluarga bertemu Mat Noor pada ulang tahun hari jadinya 14 Julai lalu, sebelum Mat Noor terbang ke awan biru.

“Mat Noor sempat berbuka puasa bersama keluarga dan meraikan hari lahir makcik dengan membaca doa. Ketika itu kami sekeluarga pelik melihat gelagatnya, kebiasaannya dia akan makan kurma dan minum air baru dia solat Maghrib. Bagaimanapun, pada hari itu, sebaik azan, dia terus mengerjakan solat Maghrib. Bila makcik tegur dia hanya tersenyum,” katanya.

Kehilangan Mat Noor amat dirasai Amna kerana Mat Noor anak yang baik dan menghormati orang tua.



“Apa yang berlaku sekalipun kepada Mat Noor, makcik reda. Harapan terlalu tipis. Kami terima segala apa yang ditakdirkan. Jauh di sudut hati, makcik gembira dia pergi menghadap Ilahi di bulan mulia dan hari mulia,” katanya.

::AL-FATIHAH:: ;(

0 comments:

Post a Comment