Blogger news

[x]

Wednesday, 27 August 2014

On 07:42 by Unknown in ,    No comments
[TERNOW]PANAS ~ SHARNAAAZ AHMAD SOUND TEPEK AZWAN ALI~AZWAN BALAS~



Aku Dah 22 Tahun Dalam Industri, Yang Dia Baru Setahun Jagung – Azwan Ali

Ya kalau mengikut senioriti, sememangnya Azwan Ali jauh meninggalkan Sharnaaz Ahmad. Kecik-kecik dulu pun Azwan Ali dah ada dah. Teringat kemachoan dan kehenseman Azwan Ali ketika mengacara Muzik-Muzik. Masa tue memang handsome. Entah di mana silapnya, Azwan Ali kini bukan seperti Azwan Ali yang dulu. Rasanya kalau Azwan Ali kekal macho seperti dulu, mesti lagi meletup daripada pengacara-pengacara lain.



Rasanya semua orang tahu mengenai pertelingkahan yang berlaku antara Azwan Ali dan Sharnaaz Ahmad baru-baru ini. Kesemuanya gara-gara ‘selfie’ yang telah dilakukan oleh Azwan Ali ketika ketibaan jenazah mangsa MH17. Ramai yang menganggap Azwan Ali ber’selfie’ ketika tempoh 1 minit berkabung. 


Rupa-rupanya anggapan tersebut salah. Terang Azwan Ali menerusi portal Murai 

Dia tu siapa? Dia ingat aku selfie masa tengah bertafakur ke? Tolong sikit kalau tak tahu apa-apa jangan cuba nak memandai-mandai, sah-sah aku selfie sebelum bertafakur, aku ada dekat dataran pada pukul 9 pagi ok! Sebelum bertafakur aku selfie untuk kenang-kenangan, yang dia sibuk apahal!

Aku dalam industri hiburan sudah 22 tahun, yang dia baru setahun jagung, lagipun aku tahu bila waktu yang sesuai nak berselfie, ramai yang ‘naik hantu’ sebab keliru dengan ‘caption’ gambar itu, hakikatnya aku tidak berselfie ketika negara sedang bertafakur.

Ini Azwan Ali, memang aku ‘no bother’ dengan komen-komen yang cuba jatuhkan nama aku, sudah biasa, yang penting peminat-peminat yang menyokong aku tahu diri aku yang sebenar.



Khabarnya Azwan Ali dan Sharnaaz Ahmad bakal dipanggil oleh persatuan Karyawan untuk menyelesaikan kontroversi yang melanda mereka ini. Diharap selesai secara elok. Jangan bergaduh pulak kat situ. Kang tak pasal-pasal lagi serabut. Masing2 dah dewasa n matang. Jangan jadi budak-budak. Yang penting salah seorang mesti mengalah. Tak gitu? 


sumber: abm nara

0 comments:

Post a Comment