Blogger news

[x]

Monday 11 August 2014

On 23:07 by Unknown in ,    No comments
Sultan perkenan Tan Sri Khalid kekal sebagai MB Selangor.. #Anda pula..??

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sangat berpuas hati dengan perjalanan Mesyuarat Majlis Penasihat DiRaja Selangor.

Abdul Khalid berkata demikian kepada wartawan yang menunggu beliau di hadapan Istana Alam Shah, Klang, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian kepada wartawan yang menunggu beliau di hadapan Istana Alam Shah, Klang di sini hari ini. khalid“Saya sangat berpuas hati dengan mesyuarat ini,” katanya ketika ditanya pemberita yang mula berkumpul sejak jam 9.00 pagi tadi.

Beliau yang kelihatan ceria bagaimanapun enggan menjelaskan perincian mesyuarat terbabit. Menurut Seketariat Akhbar Menteri Besar, Abdul Khalid akan mengadakan sidang media di Pejabat Menteri Besar, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) jam 2.00 petang ini.

Mesyuarat yang turut dihadiri Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah itu berlangsung selama kira-kira lebih dua jam.Mesyuarat itu diadakan bagi menentukan kedudukan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor lapor Selangorku,

Laporan seterusnya ini dipetik dari Twitter Setiausaha Akhbar Menteri Besar Selangor, Arfa Aziz..
Saya telah menghadap DYMM Tuanku pagi tadi untuk sembah maklum kedudukan MB selepas pemecatan saya sebagai anggota PKR. Lanjutan pemakluman itu, DYMM Tuanku telah bertanya samada saya masih memperoleh kepercayaan majoriti Ahli Dewan Negeri. Saya telah memperjelaskan bahawa di sebalik pemecatan saya, saya masih memperolehi kepercayaan majoriti Ahli Dewan Negeri.

DYMM Tuanku berpuas hati dgn penjelasan yg telah disembahkan & telah perkenan utk saya terus memegang jawatan MB Selangor. 

Sehingga ada perkembangan baharu, saya masih kekal sebagai Menteri Besar Selangor & akan menjalankan tugas seperti biasa. 

Kenyataan medianya...


Hmmm.... semoga tak ada yang gigit jari...
Ada yang mempersoalkan tindakan Khalid yang menyatakan kepada Sultan bahawa beliau masih mendapat sokongan majoriti..

Dengan menulis di Twitter "PKR (12) + DAP (15) = 27. UMNO (12) + Khalid = 13. Pas = not sure. "

"How did Khalid know he has support of majority?"


Itu kelebihan yang Khalid ada.. dia boleh pohon masuk mengadap Sultan dengan mudahnya..
Jadi takkan dia nak lepaskan peluang yang ada kot?
Aku bukan sokong Khalid tapi aku tak setuju cara Khalid diserang dan diaibkan.. itu saja...

*gambar Khalid dan Najib tu tak ada kena mengena dengan sesiapa.. tapi kalau ada yang terasa.. nasiblaaa...

0 comments:

Post a Comment