Blogger news

[x]

Wednesday, 20 August 2014

~SUBHANALLAH~[2 FOTO] Bayi Ini Lahir Dalam Ketuban Yang Belum Pecah..?


Ketika masih dalam kandungan, bayi berada dalam sebuah beg yang berisi cecair ketuban. Kantung ini akan pecah semasa menjelang bersalin. Dalam kes yang amat jarang, bayi boleh dilahirkan dengan kantung ketuban yang masih sempurna. Bagaimana boleh?



Kes tersebut baru saja terjadi di Greece. Melalui bedah caesar, doktor bersalin bernama Aris Tsigris berjaya membantu kelahiran bayi yang masih ‘berenang’ dalam kantung ketuban. Menurut istilah perubatan, kelahiran seperti ini disebut en caul atau terselubung.

Dr Tsigiris adalah doktor kandungan yang berpraktik di Marousi, bahagian timur laut pinggir bandar Athens. Dia mengatakan bahawa kelahiran seperti ini amat jarang dijumpai dan lebih sering ditemui pada bayi yang dilahirkan pramatang. Dijangka, tidak sampai 1 dari 80.000 bayi dilahirkan secara en caul.

Menurut satu kajian pada tahun 2010, kelahiran en caul dipercayai membantu melindungi bayi prematur yang masih rapuh dari tekanan di dalam rahim. Sebagai orang yang membantu kelahiran bayi tersebut, dr Tsigiris menyatakan kagum saat melihat bayi yang masih terbungkus kantung ketuban.

“Kadang-kadang alam melampaui dirinya sendiri, bahkan membuat doktor bersalin terdiam,” katanya seperti dipetik dari Medical Daily.

Walau dilahirkan dalam gelembung berisi cecair, keselamatan bayi tak akan terancam kerana sejak dalam kandungan bayi juga mengalami hal yang sama. Dr Tsigiris mengatakan, bayi tersebut tidak berisiko tenggelam kerana plasenta terus memberi makan nutrisi dan oksigen melalui tali pusat.

Tapi bayi tersebut tidak dibiarkan lama berenang dalam cecair ketuban setelah dilahirkan. Dia segera menghirup nafas pertamanya selepas kantung ketuban dipecahkan melalui teknik bedah sederhana yang disebut amniotomi, iaitu mengait membran kantung agar terbuka.

0 comments:

Post a Comment