Blogger news

[x]

Thursday 21 August 2014

On 01:25 by Unknown in    No comments

Sofi Jikan yang sememangnya lebih dikenali sebagai pelakon yang selalu membawa watak gangster dan berlagak pailang dalam filem lakonannya dikatakan terbawa-bawa perangai tersebut ke dunia luar…

Terbaru, menerusi satu status yang dikongsikan di facebook, Sofi Jikan dikatakan mengamuk sampai membuka bajunya hanya kerana isu parking.. Dia juga berkata kepada sekuriti yang menjaga parking tersebut bahawa dia merupakan seorang superstar..



Sofi Jikan yang dihubungi bagi mendapatkan kesahihan berita ini bagaimanapun tidak menafikan berlakunya pertelingkahan antara dirinya dan sekuriti parking tersebut.. Jelas Sofi Jikan, dia tidak dapat menerima hakikat bahawa pelakon sepertinya mendapat layanan buruk seperti itu.

Pada hari kejadian, Sofi Jikan dikatakan ke sana sebagai tetamu di sebuah syarikat penerbitan namun disebabkan sekuriti parking yang berbangsa asing itu tidak mengenali dirinya, dia tidak dibenarkan meletakkan kenderaan disitu.


“Saya tidak sekali-kali menyalahkan syarikat penerbitan tetapi diri sendiri yang terlalu sensitif. Bagaimanapun siapa boleh sabar kalau datang sebagai tetamu tapi tidak diberikan parkir sedangkan masih terdapat berpuluh-puluh petak kosong.

“Perkara ini mungkin tidak terjadi jika pekerja itu ada budi bahasa. Jadi saya melayan dia sebagaimana dia melayan saya dahulu,” ujar Sofi.

0 comments:

Post a Comment