Blogger news

[x]

Saturday, 16 August 2014

On 20:50 by Unknown in    No comments

 
Malaysia Airlines (MAS) hari ini mengesahkan seorang anak kapalnya ditahan polis Perancis untuk disoal siasat atas dakwaan berperangai tidak senonoh terhadap seorang penumpang.

Dalam kenyataannya, syarikat penerbangan itu berkata anak kapal itu ditahan apabila seorang penumpang Penerbangan MH20 dari Kuala Lumpur ke Paris pada 4 Ogos lalu, mendakwa seorang anak kapal MAS berkelakuan tidak senonoh.
“Oleh kerana Malaysia Airlines mengharapkan anak kapalnya sentiasa mempamerkan tingkah laku paling terpuji, maka kami memandang serius dakwaan ini.

“Sudah semestinya kami akan membantu pihak berkuasa Perancis dalam menjalankan siasatan mereka. Kami ingin menegaskan keselamatan, keselesaan dan kesejahteraan penumpang sentiasa menjadi keutamaan tertinggi kami,” kata MAS. – Bernama,

0 comments:

Post a Comment