Blogger news

[x]

Friday, 22 August 2014

On 23:28 by Unknown in ,    No comments
~RAHSIAKAN MAJLIS PERTUNANGAN ADALAH PEMIKIRAN MELAYU KOLOTT..!??~



TOLONG AMBIL BERAT! PERTUNANGAN PERLU DIRAHSIAKAN 

Sering kali kita melihat di laman social bahawa pertunangan diheboh hebohkan. Tak payah tunang la, kapel pun dah menunjuk nunjuk di laman social membuktikan dia sudah dimiliki. Adakah perbuatan sedemikian wajar?? Sila ambil berat! Pertunangan perlu dirahsiakan.

Dibawa ini ada penjelasan kenapa pertunangan perlu dirahsiakan. Jom baca dan harap lepas baca ni, timbul rasa keinsafan dalam jiwa ye.

Renung betul-betul, kamu akan nampak hikmah di sebaliknya. Pertunangan adalah satu ikatan yang masih longgar dari segi komitmen kerana hubungan pasangan bertunang masih dalam batas dibenarkan syarak bukan seperti mana suami isteri yang sah.

Pertunangan masih berisiko kerana belum tentu akan berakhir dengan perkahwinan atau terputus di tengah jalan seperti laporan akhbar mengenai insiden bakal pengantin yang melarikan diri kerana enggan meneruskan perkahwinan.

Antara kelebihan merahsiakan pertunangan adalah untuk membendung hasad dengki manusia di luar dan kerahsiaan itu menjadikan kita menahan, mengawal perangai serta pergaulan kerana masih belum sah menjadi suami isteri

Dalam kes kita takut ada lelaki lain datang meminang, jika dia merisik dahulu keluarga perempuan, automatik dia akan tahu perempuan itu sudah diikat dengan orang lain. Dan adalah haram bagi lelaki untuk meminang perempuan yang menjadi tunangan orang lain.




Sebenarnya da ramai di kalangan senior saya mengikut syariat pertunangan yang macam ni. Dah nak dekat dengan tarikh perkahwinan, barulah mereka mengkhabarkan kepada orang ramai. Bukanlah tidak boleh langsung orang lain tahu tentang majlis pertunangan, cukuplah saudara-mara dan sahabat-sahabat terdekat. Kadang-kadang, terbocor jugak rahsia tu. Qada’ dan qadar Allah, hanya Dia yang Maha Mengetahui dan Berkuasa atas sesuatu.

Manakala, perkahwinan (pernikahan) itu, Rasulullah kata, harus disebarkan kepada orang ramai. Macam mana? Dengan mengadakan majlis walimah atau kenduri perkahwinan. Tujuannya adalah untuk mengumumkan pernikahan disamping menggembirakan pengantin yang baru menjejaki jinjang pelamin. Selain tu, ia juga sebagai tanda kegembiraan orang tua kerana mendapat menantu baru.

#entahla..SEMAK TNGOK KAT LAMAN SOSIALL..

0 comments:

Post a Comment