Tuesday 12 August 2014
On 21:08 by Unknown No comments
SUDAH hampir setahun suaminya berkhidmat di sebuah negara di kutub utara. Tinggallah Zamira (bukan nama sebenar) bersama tiga anaknya di ibu kota meneruskan kehidupan seperti biasa. Faktor tidak biasa dengan cuaca terlalu sejuk membuatkan Zamira memilih membesarkan anak-anak di negara tercinta sahaja.
Jika sebelum ini dia hanya menjadi suri rumah sepenuh masa, Zamira juga memilih untuk bekerja bagi menghilangkan rasa bosan di rumah.
Wanita berusia 31 tahun ini akhirnya berjaya mendapatkan pekerjaan sebagai pegawai perkhidmatan pelanggan di sebuah syarikat telekomunikasi.
Anak-anaknya berusia lingkungan lima hingga lapan tahun juga sudah mula ke sekolah, dek kerana cita-cita tertangguh dahulu, Zamira turut mendaftarkan diri sebagai pelajar sambilan di sebuah universiti tempatan mengambil jurusan pentadbiran perniagaan.
Hidup Zamira memang penuh dengan aktiviti, setiap hari Isnin hingga Jumaat dari jam 8 pagi hingga 7 malam dia akan berada di pejabat.
Bila balik pula dia menguruskan kelengkapan anak-anak untuk ke sekolah esok hari dan hujung minggu pula Zamira menghadiri kelas menuntut ilmu di peringkat ijazah.
“Suami memang ada menyarankan saya memenuhi masa supaya saya tidak akan rasa bosan dan merinduinya. Memang semenjak bercinta kami tidak pernah berenggang dan langsung tidak pernah berpisah walau untuk sehari.
“Jadi setelah suami ditugaskan ke luar negara sesuatu yang amat sukar bagi saya melepaskannya. Atas sebab itu saya disuruh suami menyambung pelajaran dan bekerja supaya ada rakan-rakan yang dapat menghiburkan hati," cerita Zamira di awal pertemuan kami.
Mujurlah juga Zamira mempunyai seorang pembantu rumah yang baik hati dan jujur jadi Zamira tidak mempunyai tekanan memikirkan keadaan rumah dan anak-anaknya di rumah.
Dek kerana jauh, suami Zamira hanya akan pulang ke tanah air kira-kira lima bulan sekali. Kerinduan Zamira dan anak-anak pada suami dilepaskan semata-mata menerusi internet atau panggilan video.
“Hampir setahun suami berkhidmat di sana saya semakin boleh mengadaptasi kehidupan tanpanya. Kalau dulu saya tidak boleh memandu, kini saya sudah berjaya memiliki lesen memandu dan suami juga membelikan saya sebuah kereta mewah semata-mata untuk menggembirakan hati saya yang berkorban menjaga anak-anak sepanjang peninggalannya ke luar negara.
“Semakin seronok saya bergaya dengan kereta dan kerjaya yang memerlukan interaksi dengan orang ramai. Hingga pada satu hari saya bertemu dengan seorang pelanggan lelaki yang berusia dalam 30 tahun. Pada awalnya hubungan sekadar pelanggan, lama-lama kami berkawan pula. Dia mengajak saya keluar minum dan tanpa ragu saya menerima pelawaan," imbas Zamira.
Biarpun sibuk dengan pelbagai aktiviti, Zamira mengakui jiwanya begitu kosong tanpa teman yang bernama lelaki. Bila semakin lama suaminya di luar negara, perasaan kebergantungan menjadi semakin nipis dan Zamira kini sungguh berdikari.
“Walaupun baru dua kali keluar minum dengan Irfan (bukan nama sebenar), saya tidak mampu menidakkan rasa hati. Saya tahu saya mula sukakannya, bukan bermakna saya mahu bercerai dengan suami, tapi saya menganggap Irfan teman di kala sunyi semata-mata dan tidak lebih dari itu.
“Irfan bukanlah jejaka persis hero tempatan tapi bagi saya dia mempunyai daya tarikan tersendiri. Walaupun dia lebih muda dua tahun dari saya, kematangannya terserlah. Pengetahuan amnya juga luas, dari perbualan dengannya saya tahu dia seorang yang kuat membaca.
“Paling saya tertarik dengannya ialah sikapnya yang sungguh mengambil berat. Satu hari kereta saya rosak, Irfan pantas datang menghulur bantuan, perasaan saya padanya semakin hari semakin kuat hinggakan saya lebih banyak berSMS dengannya daripada suami sendiri," akui Zamira.
Dua bulan berlalu selepas mengenali Irfan, Zamira merasakan kehidupannya sungguh ceria. Jiwanya rasa seakan gadis yang baru mula mengenali erti cinta, satu perasaan yang mengujakan Zamira setiap hari dan dia bersemangat ke pejabat semata-mata untuk makan tengah hari bersama Irfan.
Tersedar dari khayalan
Kemesraannya dan Irfan menyebabkan Zamira ada terdetik di hati untuk berkahwin dengan Irfan. Dia mula merancang strategi mencari alasan berpisah dengan suami. Hinggalah pada satu hari anak sulung Zamira diserang demam denggi, betapa paniknya Zamira kerana terpaksa menguruskan anaknya di hospital seorang diri.
“Di hospital melihat begitu ramai orang sakit, sayu pula hati saya. Makin saya terharu melihat pengorbanan seorang ibu yang menjaga anak dan suami yang sakit di hospital. Begitu tabah ibu itu yang usianya seakan kakak saya sahaja. Berkongsi cerita dengan kakak tersebut, umpama menyedarkan saya daripada khayalan sendiri.
“Ketika itu saya mula mengenang kesilapan diri, betapa jauh saya terlanjur walau tidaklah sampai berdua-duaan dengan Irfan di tempat sunyi tapi saya merasa seakan besar beban dosa yang saya tanggung.
“Ketika menjaga anak di hospital, Irfan ada beberapa kali menghubungi tapi saya tiada hati untuk menjawabnya. Kepada suami saya adukan kegusaran hati tentang anak yang sakit dan akhirnya saya sedar kekhilafan diri.
“Saya mengelak berhubung dengan Irfan dan akhirnya saya memilih untuk berhenti kerja. Saya menukar nombor telefon dan memutuskan hubungan dengan Irfan walaupun di laman sosial. Sementara menunggu notis berhenti, anak saya juga semakin sihat dan pembantu rumah saya juga mahu berhenti kerja kerana akan bernikah.
“Bagaikan satu hikmah yang terbaik disusun yang maha pencipta, saya akhirnya kembali kepada fitrah seorang isteri. Biarpun sudah berhenti kerja dan menguruskan rumah tangga saya rasa puas kerana dapat berbakti untuk suami.
“Suami saya tidak pernah mengetahui tentang apa yang telah terjadi dan menerima keputusan saya dengan hati terbuka, itulah yang terbaik untuk kami," ujarnya mengakhiri bicara.- Sumber
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Search
Total Pageviews
Popular Posts
- [DOA] HILANGKAN KESAKITAN KETIKA SEDANG MENGALAMI SAKIT SENGGUGUT, HAID TIDAK TERATUR~[INFO LENGKAP]~
- ~Untuk Wanita: 20 Tips Membuatkan Lelaki Geram Kepada Anda~
- ~[HOT] 4 GADIS MELAYU RATU CANTIK MISS MALAYSIA WORLD 2013 YANG BAGHAL~
- [VIDEO]~BERSAMA KETIKA HAMIL BAHAYA..?? ~SUAMI ISTERI~ TLG aMBIL tAHU..INFO PADAT
- ~Kisah Malam Pertama Sepasang Pengantin Remaja Yang Soleh Dan Solehah!!~ TerBEST..
- SEKSI SELEBRITI MALAYSIA DULU-DULU [40 FOTO]
- ~SENARAI HOTEL BERHANTU DI MALAYSIA~
- [PANAS] 3FOTO BUKTI ~FOTO WAJAH SEBENAR FATTAH AMIN, KEKASIH BARU SHERRY IBRAHIM~
Recent Posts
Categories
Info Adam
Info Artis
Info Cool
Info Dunia
Info Fakta
Info Gila
Info Hawa
Info Jenayah
Info Keagamaan
Info Kesihatan
Info Lawak
Info Luar Negara
Info Lucu
Info Negara
Info Ngeri
Info Panas
Info Pasangan
Info Pelik
Info Petua
Info Politik
Info Resepi
Info Sedih
Info Semasa
Info Seram
Info Setempat
Info Suami Isteri
Info Sukan
MH 17
MH 370
Seram
World Cup 2014
Blog Archive
-
▼
2014
(2448)
-
▼
August
(824)
- CARTA TOP 10 MODEL WANITA TERKAYA DUNIA 2014
- Ini Betul-Betul Lawak>>>10 KELEBIHAN MENJADI LELAK...
- RomanCinta- Artis Malaysia Paling Brani Berpakaian...
- GEMPAR!!! AZWAN ALI MEMBALAS KRITIKAN PEDAS KEPADA...
- 6 Gambar NGERI!!! Punca Sebenar Gadis Cantik Ditet...
- [FOTO][HOT]~Rupa-rupa Ada Bukti Bergambar Yang Leb...
- 10FOTO~ARTIS EINA AZMAN TERIMA WANG HANTARAN RM77,...
- [SEDIH]- DI SEBALIK TRAGEDI MH370 & MH17 , ADA SUA...
- ~10 ADENGAN TAK LOGIK DAN LAWAK DALAM DRAMA TEMPAT...
- [WOW] TENTANG HATI..?? AARON AZIZ & ANZALNA..??
- [SERIUS]~ 20 TANDA2 LELAKI DICINTAI JIN BETINA~AMB...
- [FOTO]~DEMI SAMSUNG NOTE 3, REMAJA ROSAK SANGGUP T...
- [28 FOTO]~ AKSI TAK SENONOH DI TANDAS WANITA~
- [VIDEO] IKAN KERAPU TELAN JERUNG 4KAKI SEKALI NGAA...
- MABUK BAWA PADAH!!!!!
- [FOTO BUKTI]~NGERI~PERAGUT TERBANG UNTUK MERAGUT W...
- [TERNOW]~LUAHAN SEDIH ~SELAMA INI ALLAH BANYAK BER...
- ~ RAHSIA ~ PETUA WAJAH COMEYY MACAM KAK TON ~ MUDA...
- BAYAR CASH!!! Aliyaa Magda Alirkan Darah Haid Atas...
- ~[FOTO]BUKTI~RAHSIA MISTERI BINAAN PIRAMID TELAH T...
- ~FOTO~ SERAM.. AMBIL GAMBAR TANPA SEDAR KEWUJUDAN ...
- [FOTO BUKTI] ~SAYALAH PEMILIK NO PLAT MH370..?~
- ~[FOTO]~ SEDIHNYA.. MUKA BAYI BENGKAK AKIBAT SERAN...
- [FOTO]~SEDIH- BURUK KENA KUTUK, BILA DAH CANTIK KE...
- [GEMPAR]-FOTO MAKHLUK HALUS YANG SENTIASA BERADA D...
- ~5 GANGGUAN SYAITAN KETIKA SOLAT~ PERLU TAHU..! ILMU
- [VIDEO]SERAM.!! Wanita Terkejut Mayat Hidup Lambai...
- INFO ISLAM- Hukum.Mengeluarkan Mani di luar Rahim
- ~CARA BELASAH ANAK DENGAN BETOL~ PERLU TAHU..!!
- [FOTO]GEMPAR ~Hantu Jalanraya Yang Paling Ditakuti...
- [FOTO]~ Remaja Dipaksa Makan Itik Hidup Kerana Men...
- ~IBU TERSILAP BILIK TIDUR JADI MANGSA ANAK SENDIRI...
- [FOTO]~KANAK-KANAK 2 TAHUN LAHIR BERSAMA ULAR SAWA...
- INILAH PENGAWAL KESELAMATAN PALING KACAK DI BRAZIL
- KISAH MAYAT KANAK-KANAK MASIH SEMPURNA BERUSIA HAM...
- KISAH WANITA YANG DIBENCI KERANA HODOH TAPI TEMAN ...
- PADAH!!!GAMBAR BOGEL GURU WANITA TERSEBAR SELEPAS ...
- PELAJAR NAKAL DI CHINA SUKA MENGAMBIL GAMBAR GURU ...
- MISS KANADA INI TERNYATA ADALAH SEORANG LELAKI???
- BAYI HIDUP SEMULA KETIKA MAJLIS PENGEBUMIAN???
- Itik Oh Itik!!!! Pencuri Disumbat Mulut Dengan Ban...
- Tahukah Anda!!! Selfie Sebenarnya Telah Wujud Seja...
- TERKINI- Pengedar Dadah Siap Bawa Sub Mesingan Dib...
- PEMBALASAN!!! PENGACARA TOP DI AMERIKA JATUH KOMA ...
- Ayda Jebat Nafikan Jadi Punca Zul Ariffin Renggang...
- [FOTO]~KISAH HOSPITAL2 PALING SERAM DI DUNIA~
- Awek ‘Mulut Puaka’ Hina Mangsa Nahas MH17 Di Faceb...
- ARTIS - Detik-Detik Cemas Artis Malaysia Ketika Di...
- [5 FOTO]~Pesawat Singapore Airlines Selepas Hilang...
- Pohon Yang Menaungi Rasulullah SAW Masih Hidup Segar
- PARAH..!!.BIAR PUN SUDAH TERSEPIT TETAP JUGA DI PE...
- ~22 Tanda Hari Kiamat Semakin Hampir~RUGI TAK TAHU...
- PELIK>> WANITA SECARA SPONTAN MEMBUKA BRA YANG DI ...
- Eksklusif! VIDEO Menyentuh Hati Luahan Banduan Wan...
- VIDEO~IMAM KENA PRANK GEMPA BUMI.LIHAT BETAPA TING...
- NAK SEWA JADI ISTERI PUN BOLEH!!! ALAMAK???
- [FOTO BUKTI]~Boleh Main Sepuasnya Dengan Saya Kala...
- INILAH GAMBAR SELEBRITI HOLLYWOOD YANG KANTOI MELI...
- PELIK!!! Aksi Gila Para Lelaki Mengambil Kesempata...
- ALAT UNTUK MENGUNCI KEMALUAN LELAKI ELAK DARI MELA...
- BENARKAH WANITA CANTIK ITU LEBIH EGO...?
- INFOMASI- BENARKAH APABILA SUKA MELIHAT PAYUDARA W...
- KAMPUNG YANG DI HUNI OLEH KAUM WANITA SAHAJA RAYU ...
- [FOTO]~Gaya Panas Leez AF YG hOTZ Untuk MEnarik Pe...
- ~[KISAH BENAR] -PENGALAMAN BERMALAM DI HOTEL IPOH ...
- ~SENARAI HOTEL BERHANTU DI MALAYSIA~
- ~Gempar Kisah Pontianak Di Atas Rumah Di Kulim Kedah~
- [KISAH BENAR]~3 Setan Setubuh Kanak-Kanak Umur 8 T...
- FOTO~PEMUZIK BERCINTA DENGAN BUDAK 16 TAHUN..??~
- [KISAH BENAR]~Pengkid Bakar Rumah Kekasih Kerana K...
- ~[FOTO] Rita Rudaini Sedih Kerana Isteri Aidil Pis...
- [FOTO]~Sampai Hati Mereka Cungkil Mata Kanak-Kanak...
- ~5 Petua Mudah Putihkan Kulit Dgn Mudah~ Jangan Ta...
- ~[FOTO] Budak Tergemuk Dunia Makan 14 Kilo Nasi~
- ~[VIDEO NGERI] ~KEPALA HAMPIR PECAH AKIBAT FLIP DI...
- ~[VIDEO NGERI] -PONDAN KENA LANGGAR DENGAN LORI MA...
- INGIN TAHU SUASANA KOTA IBLIS DI CHINA ??
- GADIS CANTIK INI LEBIH GENIUS DARI BILL GATES???
- KISAH MISTERI DI PULAU TIOMAN YANG RAMAI TAK TAHU!!!
- [FOTO]~Rebecca Nur Islam Ambil 5 Adik Beradik Anak...
- BINGKISAN PAGI, PAPA....
- KISAH PENGALAMAN DR. HARON DIN MASUK DALAM KAABAH
- DAHULU DIALAH MAFIA PENGEDARAN DADAH EROPAH, AKHIR...
- 8 GAMBAR CIUMAN PALING TERKENAL SEPANJANG ZAMAN
- ~Kisah Benar:Lelaki Belikan Daging B*** Untuk Ibu ...
- SO BIG!!!!!... Inilah Jenis-Jenis Ular Terbesar Ya...
- ~ERMA FATIMAH MASIH ISTERI SAYA - BADE HJ AZMI~
- MAYAT SALAI JADI PELINDUNG DI PAPUA NEW GUINEA
- PENDUDUK MISKIN DAN MAYAT TERPAKSA BERKONGSI TEMPA...
- MISTERI KUBUR WANITA HAMIL MATI DIBUNUH
- RUMAH PUSAKA DI BAKAR HANYA KERANA TELEFON TIDAK D...
- [TERNOW]~KISAH SEBENAR KENAPA RAMLI MS MERAHSIAKAN...
- TAHNIAH~SIAPA YANG BERJAYA MENAMBAT HATI FARHAN AF...
- TERNOW~NYAWA SHAH RUKH KHAN DI TANGAN MAFIA DI INDIA~
- PANAS [VIDEO]~Peminat Kecewa TV3suku Tidak Hormati...
- ~[Video] Aksi Melampau Jururawat...~
- TERNOW~PAKAR BEDAH GILA SEKS DIHANTAR PULANG KE MA...
- ~6000 LAGI KAKITANGAN MAS DI BERHENTIKAN AKIBAT 2 ...
- Tanggal tudung untuk berfoya di kelab malam
- MENGERIKAN..!!.DI RUSIA ADA KILANG MEMPROSES BAHAG...
-
▼
August
(824)
Powered by Blogger.
0 comments:
Post a Comment