Blogger news

[x]

Friday 15 August 2014

On 11:44 by Unknown in    No comments
~MUKA CANTIK TAPI KETIAK HITAM..
~BEBERAPA PETUA HILANGKA KESAN HITAM DI KETIAK~
~Ladiess...Ambik TAhu~



Ketiak hitam ataupun gelap berpunca daripada beberapa faktor seperti penggunaan deodoran, kerap mencukur serta mencabut bulu ketiak. Kesannya, ketiak anda berasa gatal atau luka. Seterusnya, ia mengakibatkan perubahan warna kulit pada bahagian itu.

Justeru, bagi anda yang ingin memutihkan ketiak, berikut merupakan satu lagi alternatif yang boleh dicuba.

Bahan-bahan yang diperlukan pun bukannya banyak.

1) Hanya timun dan perahan lemon yang secukupnya aje.





Apa yang patut anda buat adalah;

1. Parut sedikit timun hingga halus dan letakkan dalam piring.

2. Kemudian, perahkan sedikit jus lemon ke atas timun tadi.

3. Gaulkannya hingga sebati.

4. Sapukan ia pada kedua-dua belah ketiak anda.

5. Biarkan lebih kurang dalam 15 minit dan cuci.

*Amalkan petua ini sehinggalah warna gelap ketiak anda pudar dan tidak hitam lagi.


Masalah biasa yang kurang menyenangkan ialah kesan hitam di bawah ketiak, yang kadang-kadang amat memalukan terutama bagi mereka yang suka memakai baju tak berlengan sama ada di rumah atau di luar.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kesan hitam di bawah ketiak, di antaranya ialah:

* Faktor genetik (keturunan).

* Tindakbalas antara bahan kimia (terutamanya merkuri dan alkohol) yang terdapat dalam deodran yang berkualiti rendah dengan peluh yang banyak keluar di ketiak. Bahan kimia ini boleh mengubah warna kulit di kawasan tersebut.

* Ketidakseimbangan hormon.

* Sering mencabut atau mencukur ketiak menyebabkan kawasan yang dicukur tersebut menjadi bertambah nipis berbanding dengan kawasan kelilingnya. Kenipisan kulit ini menyebabkan ia mudah menjadi hitam, lebih-lebih lagi jika selalu menggunakan deodran.



Dikongsikan di sini cara bagi menghilangkan atau mengurangkan kesan hitam di bawah ketiak secara semulajadi:

1. Campurakan jus lemon dengan gula sehingga gula hancur. Sapukan di bawah ketiak. Biarkan selama 15 minit, kemudian barulah di basuh. Buat selama 2 minggu dan lihat kesannya.

2. Sapu jus ubi kentang di kawasan ketiak yang hitam kerana ubi kentang diketahui mempunyai ciri-ciri peluntur semulajadi.

3. Campurkan jus lemon dengan air mawar. Sapu dan urut di bawah ketiak dengan rata sebelum tidur. Biarkan semalaman, cuci ketiak keesokan harinya. Kesannya boleh dilihat selepas beberapa hari.

4. Buat pes serbuk penaik (baking powder) dengan air yang sama banyaknya. Sapu pes ini di bawah ketiak yang hitam selepas mandi dan biarkan sehingga kering..

#AMALKAN

0 comments:

Post a Comment