Blogger news

[x]

Tuesday, 26 August 2014

On 08:00 by Unknown in ,    No comments
~Kisah Pilu Kucing Bunting Yang Di Tendang Terjatuh Dari Tingkat Tiga Bangunan Asrama~[FOTO]


Assalamualaikum dan Salam Jumaat,Salam Pencinta Haiwan Buat Para Pembaca Yang Budiman...

Rasulullah SAW juga mengajar kita agar sentiasa berlapang dada di dalam apa jua ujian yang menimpa kita....Sesungguhnya ujian yang kita hadapi hari ini hanyalah secebis kisah dari penderitaan yang Baginda lalui demi menyebarkan risalah-risalah ilmu Allah SWT... =(

Allah menciptakan manusia dengan akal dan nafsu....Maka, terpulanglah kepada manusia itu sendiri untuk 'membawanya'....Apabila ada ujian getir yang menimpa, tidak sikit jumlahnya manusia yang merungut tanpa memikirkan jalan penyelesaiannya sedangkan akal telah pun diberi sebagai bekalan untuk meneruskan hidup....Tetapi bagi haiwan, ianya berlainan pula situasinya...

Contohnya seperti seekor kucing atau anjing yang ditimpa musibah....Mereka dibekalkan nafsu tetapi tanpa akal...Sungguhpun begitu, mereka dibekalkan dengan ketabahan yang sangat menakjubkan sehingga kadangkala tidak terjangkau akal fikiran kita bagaimana mereka boleh bertahan sedemikian rupa...Tiada siapa yang membantu tatkala mereka sedang menderita, malah ada di antara mati secara perlahan-lahan dan terseksa....Subhanallah...!!! Inilah perkara yang selalu kita terlepas pandang....Sesungguhnya haiwan adalah di antara guru di dalam kehidupan kita...

Sempena hari Jumaat ni Honey ingin berkongsi cerita mengenai kisah seekor ibu kucing bunting malang yang diberitakan telah terjatuh dari tingkat tiga sebuah bangunan asrama....


Crita ini telah di pm kepada Bro PH dari Saudari Ummu Athirah...Begini bunyi mesej beliau ...


"currently i am now in MJII Beranang Semenyih. I saw a big mama cat, she is dying. Because of her pregnancy, I want to send her to vet. But I have no money for her treatment. But she needs to be sent immediately. Sudah sangat teruk condition nya sekarang. saya tak sampai hati nak tengok. She cannot laying in normal way. + My friend told me, she might has a broken leg, because yesterday she fell down from the second floor of our hostel. She needs help."


Pada malam harinya Mama Cat telah dihantar ke rumah PH oleh Saudari Ummu Athirah tetapi PH tidak sempat berjumpa dengan beliau kerana PH ada urusan di luar...MH yang menyambut kedatangan beliau...Pada mulanya PH tak berani nak mengalihkan kedudukan badannya memandangkan Mama Cat yang bunting ni kejung semacam....Dia macam trauma kepada sesuatu...Bila PH usik badannya, dia akan mengerang dengan kuat sekali....Jadi, PH ambil pendekatan untuk membiarkan dahulu buat sementara agar stressnya reda....PH biar dulu apa aktiviti yang dia nak buat....





Sejam lepas tu PH kembali mendapatkannya...Dia langsung tidak boleh bangun kecuali hanya menoleh sedikit untuk memandang ke atas...PH seriau melihat perutnya yang sangat besar...Entah apalah nasib bayi yang berada di dalam kandungannya....





PH berinya minum tanpa menggunakan picagari...PH hanya menggunakan jari yang dicelup terlebih dahulu dengan air dan membiarkan Mama Cat menjilat titisan air dari jari PH....Kalau guna picagari PH khuatir dia akan tersedak dan air akan masuk ke dalam saluran paru-paru dan ini mungkin boleh mendatangkan bahaya...Sila lihat video di bawah...PH puasakan Mama Cat buat sementara sehingga menunggu diperiksa oleh doktor...PH khuatir dia ada masalah sistem perkumuhan sebelum sempat diperiksa....Kucing boleh hidup 7 hari dengan air tanpa makanan....

Pada keesokkan harinya, PH tiba di klinik Dr. Azlan...PH tiba di sana lebih kurang jam 5.30 petang...Tanpa berlengah, Dr. Azlan pun melakukan pemeriksaan awal...




Beberapa bahagian abdomennya diteliti dan diurut perlahan-lahan....hasil dari pemeriksaan awal, kecederaan yang dialami oleh Mama Cat ialah ;

1 ) Highrise Syndrome ( kejung akibat trauma jatuh)
2 ) Traumatic Injury ( Patah kaki hadapan )
3 ) Anak di dalam kandungannya dikhuatiri mati
4 ) Sukar beranak dan memerlukan ubat khas atau dibedah sekiranya perlu





Keberanian memang perlu untuk merawat kucing yang sakit...Entah macamana Dr. Azlan boleh membetulkan posisi Mama Cat ni...Kelihatan air ketubannya telah mula keluar sedikit tetapi dia masih belum beranak....





Beginilah keadaan Mama Cat ketika ia mula-mula dijumpai oleh Saudari Ummu Athirah...




Nota PH :

Sehingga entri ini ditaip, Mama Cat masih belum beranak dan berada di dalam pantauan Dr. Azlan...Klinik Dr. Azlan ( Kitty Cottage ) di Seksyen 20, Shah Alam....Sesiapa yang ingin melihat Mama Cat bolehlah berkunjung ke sana dan lihat sendiri bagaimana keadaannya...Sama-samalah kita doakan agar Mama Cat dan bayi yang dikandungnya selamat....


Untuk makluman, kucing tidak mudah jatuh walaupun mereka berada di tempat yang tinggi...Pada pendapat PH, kalau tiada angin masakan pokok bergoyang...Untuk mengelakkan sebarang syak wasangka, PH menggunakan perkataan 'terjatuh' kerana tiada saksi atau bukti yang menunjukkan bahawa Mama Cat ini telah ditolak jatuh oleh individu yang tidak suka kucing....Jika kecederaan Mama Cat adalah disebabkan ditolak jatuh, mungkin individu yang menolak / menghumbannya tidak mahu Mama Cat beranak di dalam dorm asramanya....


Kesimpulannya, usah kita merungut sekiranya kita dilanda musibah...Gunakanlah akal yang dibekalkan untuk menyelesaikan sebarang masalah yang melanda....Untuk meneruskan hidup, kita kena jadi kuat dari segi fizikal dan mental...Timbalah ilmu sebanyak yang mungkin kerana ianya akan meningkatkan daya keyakinan dan potensi daya fikir....Ingatlah, kalau kita sedang susah ada orang / makhluk lain yang lebih susah dari kita....Kucing pun tidak terlepas dari ujian tau....
#sedih

0 comments:

Post a Comment