Blogger news

[x]

Tuesday 12 August 2014

On 21:32 by Unknown in ,    No comments
Penumpang cerita pengalaman ngeri detik cemas nahas Pesawat Air Asia terbabas di Brunei...




Kami hampir mati dalam nahas kapal terbang Air Asia di Brunei! Kami berada dalam keadaan gelap apabila kapal tersebut terbabas semasa pendaratan, kami tidak tahu apa yang perlu dilakukan pada ketika itu, tiada pengumuman, tiada arahan daripada juruterbang ketika kapal terhempas, kami tidak dapat melihat garisan "bercahaya" di atas lantai, dan saya melihat wayar yang panjang jatuh daripada bahagian simpanan di atas tetapi tiada topeng oksigen,

Seluruh keadaan menjadi lebih teruk apabila salah seorang krew penerbangan (pramugara) menjerit, Lari Lari Lari! namun kami tidak tahu ke mana hendak lari. Pada ketika itulah semua orang menjadi panik dan cuba melarikan diri. Kebanyakan penumpang cuba mengambil bagasi mereka menjadikan keadaan melepaskan diri menjadi sukar, semua orang cuba menolak penumpang di hadapan mereka membuatkan beberapa orang telah terjatuh. Ia mengambil masa yang lama sebelum kami boleh menggelongsor turun dari pesawat dan lari ke padang.

Insiden kedua, apabila kami berada di dalam bas, pintu bas tersekat dan kami terperangkap di dalam, dan bahagian yang paling teruk, ada sesuatu yang terbakar, dan semua orang menjerit sekali lagi.

Kami berjaya keluar dari bas dan kami semua dibasahi hujan, sekarang kami berada di dalam dewan, dikuarantin sementara.

Satu jam sebelum mendarat, kami merasai beberapa gegaran disebabkan oleh awan, tetapi gegaran itu adalah luar biasa, terlalu kasar jika dibandingkan gegaran biasa apabila melanggar awan.

Dan terdapat gangguan semasa krew membuat pengumuman jualan, bunyi seakan ada yang tidak kena pada sistem pesawat. Anda juga dapat merasakan suara krew dalam keadaan cemas ketika membuat pengumuman tersebut. Pesawat itu juga beberapa kali menjunam dengan cepat, dan junaman itu memang tidak seperti junaman biasa, anda dapat merasakan sesuastu yang buruk akan berlaku.

Saya berdoa sejam sebelum mendarat, Ini semangnya bukan hari saya!

Tulisan Facebook: Won Fabio




Lagi Gambar oleh beliau:










0 comments:

Post a Comment