Blogger news

[x]

Wednesday, 13 August 2014

On 19:35 by Unknown in ,    No comments

~Kisah Benar Hidayah Neelofa dari An Nur 31~[VIDEOlink]

#sayu hati =(


Kisah Benar Hidayah Neelofa dari An Nur 31 - Sesungguhnya Allah S.W.T itu Maha Adil, Maha Mengetahui. DIA Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang. Kerana kasih Allah S.W.T ini, hidayah dan kebenaran telah diberikan kepada Neelofa. Dipermudahkan niat suci yang telah bermula sejak tahun 2013, Neelofa atau Noor Neelofa telah tekad. Mulai 1 Ramadhan 1435H/2014, sebaik selepas sahur, Neelofa telah nekad untuk terus memakai hijab sebagai penampilan dan penghijrahan dirinya.

Alhamdulillah.

Secara jujurnya, saya agak kagumi juga dengan apa yang telah dicapai oleh Neelofa dalam karier. Semenjak saya mengikuti perkembangan gadis cantik ini dari Dewi Remaja 2010, beliau telah banyak menempa kejayaan tersendiri samada sebagai model, peragawati, pelakon, pengacara dan sebagai usahawanita.





Neelofa pernah aktif berblog sebelum ini. Dia mempunyai dua blog, iaitu blog peribadi Lofa dan juga blog niaga yang menjual kasut tumit tinggi, dijenamakan sebagai Lofa Heels. Namun, kedua-dua blog itu telahpun tidak aktif dan dipadamkan. Jadi, jangan percaya kalau terjumpa mana-mana blogspot yang dakwa itu blog Neelofa. Saya ada tanya pada empunya diri satu ketika dahulu.




Neelofa kini menumpukan aktiviti kerjaya dan bisnesnya menerusi Facebook. Terbaru, Neelofa sudah ada dua butik online; satu menjual high heels dan satu lagi yang terbaru 2014 ialah menjual jubah. Butik ini lebih berkonsepkan laman web untuk urusniaga, bukan blog eh.






Kalau ikutkan, Neelofa dah capai kejayaan tersendiri sebagai usahawan. Dan karier di dalam bidang pengacaraan pun bertambah baik. Tampil sebagai pengacara Nona bersama Fara Fauzana menambahkan kematangan gadis ini, selain bergandingan dengan Nabil Raja Lawak dalam program Meletops.

Tentu ramai tertanya-tanya, bagaimana gadis cantik yang sebelum ini sering muncul dengan pakaian ketat dan seksi boleh berubah? Apakah yang telah menyebabkan hatinya terbuka luas untuk berhijrah? Siapakah yang mendorong perubahan diri Neelofa ini?

Kebenaran Surah An-Nur Ayat 31Ayat An-Nur telah menjawab segala persoalan buat dirinya. Sebelum ini, walaupun Neelofa telah capai hampir segala yang diimpikan, tetapi dia merasakan dirinya ada yang tidak lengkap, ada yang kosong. Dek kerana itu, Neelofa mencari. Dan Allah S.W.T Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Saya kongsikan video kisah benar hidayah Neelofa, yang dirakamkan di konti siaraya IKIM.fm.

Video Kisah Hidayah Neelofa



Ada yang kata, hidayah Allah S.W.T akan datang sendiri, tetapi bagi saya; hidayah takkan datang seandainya diri tidak mencari. Perubahan takkan berlaku, jika diri tak ada iltizam dan usaha ke arah itu. Anda buat, anda dapat ganjarannya. Anda tak buat, maka kekalkan dengan apa yang ada kini.

Kita bukan setakat hanya perlu berdoa setiap kali inginkan sesuatu, tetapi kita mesti ada azam, tekad dan permulaan langkah ke arah apa yang dituju.

Neelofa, ini bukan penampilan kali pertama dia bertudung, malah sebelum ini setiap kali bulan Ramadhan, Neelofa akan lebihkan masa bersama keluarga dan pergi ke majlis-majlis ilmu serta amal. Ketika Ramadhan, memang jaranglah nak nampak Neelofa dalam penampilan baju ketat ikut bentuk badan.




Satu perkara yang membezakan Neelofa dengan artis wanita cantik yang lain ialah dia bukan seorang yang suka berparti tak tentu hala, menuju ke kelab malam dan bergaul bebas. Ini adalah kerana gadis kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini mempunyai latar belakang keluarga yang cukup bagus. Keluarga inilah yang saya fikir membantu ke arah perubahan yang ada sekarang.

Alhamdulillah.

Penampilan Neelofa bertudung semua orang suka, baik disukai golongan muda, tua, kecil besar, lelaki dan wanita. Neelofa tampil lebih anggun dan jelita dengan berhijab. Apatah lagi apabila sudah bergiat dengan perniagaan hijab dan jubah, penampilan Noor Neelofa Mohd Nor sudah jauh berbeza dari sewaktu menjadi finalis Dewi Remaja 2010.

Oh ya, tentu anda nak tahu mengenai ayat 31 surah An-Nur.



Bermaksud: "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."Terjemahan in English:

"And tell the believing women to lower their gaze and be modest , and to display of their adornment only that which is apparent , and to draw their veils over their bosoms , and not to reveal their adornment save to their own husbands or fathers or husbands fathers , or their sons or their husbands ' sons , or their brothers or their brothers ' sons or sisters sons , or their women , or their slaves , or male attendants who lack vigor , or children who know naught of women ' s nakedness . And let them not stamp their feet so as to reveal what they hide of their adornment . And turn unto Allah together , O believers , in order that ye may succeed . "Bagi seorang bergelar selebriti cantik jelita seperti Neelofa, apabila mahu berubah ke satu yang lebih baik, apatah lagi apabila tidak mahu lagi pakai seksi, tidak mahu dedah aurat, tidak mahu lagi buat sesuatu yang memudaratkan dirinya; sudah pasti akan dipandang slack oleh masyarakat, apatah lagi dalam industri seni itu sendiri.

Inilah ujian. Sesungguhnya apabila mahu kebaikan itu melekat dalam hati dan jiwa, pasti Allah S.W.T datangkan ujian.

Semoga penceritaan ini dapat kita jadikan iktibar kepada semua. Jika kita pegang teguh dengan tali Allah, in Sha Allah, Allah S.W.T akan selamatkan dan lindungi diri kita semua dari segala kesesatan.

#Alhamdulillah...

0 comments:

Post a Comment