Blogger news

[x]

Sunday 10 August 2014

On 10:33 by Unknown in    No comments

Melampau. Itu sahaja yang mampu Abang Nara katakan kepada pihak tidak bertanggungjawab yang telah mengubah suai gambar Emma Maembong dengan meletakkan tompokan air mani ke mukanya. Memang tak ada kerja sungguh. Apa nak jadi? Kalau dah ‘power’ sangat pun, ubah suai la muka Emma Maembong jadi pakai tudung ke, letak topi Mickey ke. Ini buat yang bukan-bukan. 


Pasti Emma Maembong sendiri terkejut dengan kelampauan pihak tertentu ini. Mesti Emma sedih. Memang rendah sungguh mentaliti mereka yang membuat perkara ini. Kata Emma Maembong menerusi 


Saya tak takut kerana semua ini memang cubaan untuk menjatuhkan nama saya. Saya ada gambar asal. Jadi kepada yang cuba membuat onar, bawa bertaubatlah. 

Saya ikutkan malas nak layan semua ini kerana tidak mendatangkan faedah langsung. Tapi ini ruang untuk saya perbetulkan perkara yang memang tak betul. 


Inilah harga yang perlu dibayar apabila menjadi seorang selebriti. Sedih memang sedih, namun anggaplah ini semua sebagai ujian. Yang penting jangan dilayan pihak-pihak sebegini. Kita selaku peminat pun jangan mudah percaya apabila gambar yang tidak masuk akal sebegini tersebar. Periksa dulu sebelum buat sebarang kesimpulan. Tak gitu?

0 comments:

Post a Comment