Blogger news

[x]

Saturday, 16 August 2014

On 07:28 by Unknown in    No comments




Lebuhraya Persekutuan atau dikenali mudah disebut sebagai Federal Highway merupakan sebuah lebuhraya yang terawal di bina di Malaysia. Lebih kurang jam 4.50 pagi semalam (21 April 2013) di KM 10.6 Lebuhraya Persekutuan berhampiran Batu 3, Shah Alam, berlaku satu kemalanan maut yang melibatkan 5 mangsa maut ditempat kejadian


Mangsa yang terlibat ialah Mohd Faridzuan Mohd Aziz (21), Amirul Faiz Zainuddin (22), Syahmie Farid Izzat Samsuddin Shah (21), Wilson Lee (22), dan M. Kalaychelvan (50).

Kemalangan ini melibatkan 6 buah kenderaan iaitu 4 motorsikal dan 2 kereta. Kemalangan ini dikategorikan sebagai kemalangan ngeri kerana mayat kelihatan berlimpangan di atas jalan dan ada antaranya yang putus beberapa bahagian anggota badan. Menurut saksi, kemalangan ini berpunca dari sebuah kereta Hoda City yang dipandu laju lalu hilang kawalan. Ketika inilah motorsikal ini dirempuh oleh Honda City sebelum terbabas ke longkang dan menyebabkan 2 orang penumpang motorsikal maut di tempat kejadian. Pemandu kereta yang tercampak keluar turur menemui ajal.









Ketika inilah, datang sebuah kereta lain yang dinaiki 4 orang yang melihat kejadian membantu mangsa yang bergelimpangan di atas jalan. Malang buat seorang penumpang di belakang yang turun untuk membantu dilanggar pula oleh sebuah motosikal dari belakang yang tidak sempat mengelak. Penumpang dan penunggang motosikal tersebut kedua-duanya turut maut di tempat kejadian. Semua mayat dihantar ke Hospital Tuanku Rahimah, Klang untuk di bedah siasat.
















Updates: Maaf video kemalangan Am terpaksa delete. Disebabkan faktor2 lain tidak dibenarkan untuk menayangkan semula... terima kasih

Di atas berlaku kemalangan ngeri, kemalangan yang menyayat hati, 5 orang menemui ajal. 1 yang dirempuh, 2yang dirempuh, 1 insan baik yang cuba membantu dan 1 lagi yang tidak bersalah. Sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah kepada mangsa terlibat.

0 comments:

Post a Comment