Blogger news

[x]

Friday, 22 August 2014

On 21:40 by Unknown in    No comments



Monaco – Sebuah apartmen berharga £240 juta (RM1.3 bilion) yang paling mahal di dunia kini dalam pembinaan, di sini.

Aparment berkenaan mempunyai lima tingkat, terletak di tingkat atas Tour Odéon, bangunan pencakar langit baru setinggi 171 meter itu yang akan siap tahun depan.
Apartmen mewah itu mempunyai pemandangan menakjubkan menghadap Laut Meditteranean.
Selain itu, ia juga dilengkapi dengan gelongsor persendirian bagi pemiliknya untuk meluncur ke kolam renang besar di atas bangunan berkenaan.


Bangunan itu yang turut menempatkan 70 apartmen lain akan mempunyai pusat kesihatan, katerer dalaman di samping perkhidmatan penyelenggaraan 24 jam.
Tour Odéon ialah bangunan pencakar langit pertama dibina di tepi pantai Monaco dalam masa 30 tahun selepas Putera Rainier, pemerintah negara itu mengambil keputusan menghentikan pembinaan bangunan tinggi kerana bimbang ia akan memusnahkan pantainya pada 1980-an.
Keputusan itu dibatalkan anak yang juga penggantinya, Putera Albert.
Kediaman mewah itu disasarkan kepada pelanggan Eropah yang kaya.- Agensi

0 comments:

Post a Comment