Blogger news

[x]

Thursday 14 August 2014

On 20:36 by Unknown in    No comments

"No comment buat sementara ini. Rileks dulu... Nanti-nanti bila saya sudah bersedia, saya akan beritahu. 

"Ia masih lagi terlalu peribadi untuk diceritakan buat masa ini," demikian komen Jimmy Shanley bila diajukan soalan mengenai kehamilan isteri barunya, Mariam Jamilah Abdul Jalil, 27.





Entah enapa, kali ini Jimmy dilihat mengambil pendekatan berhati-hati mengenai gosip yang mengatakan dia bakal menimang anak hasil daripada perkahwinan keduanya. 
Gosip itu timbul gara-gara Jimmy memuat naik menerusi Instagramnya sekeping foto sebuah katil bayi yang disambungkan ke katil dewasa dengan kapsyen 'Ada extension plak katil...ermmm'. 

Sebagai makluman, Jimmy dan Mariam mendirikan rumah tangga pada 7 Jun lalu. Sebelum ini, Jimmy pernah bernikah dengan Nursuhaila Eliani Suhaimi pada 1 Oktober 2010 dan berpisah pada 10 Oktober 2012. 



Diam tak diam dah besar dah anak Jimmy Shanley ni, Zahrah Rania Shanley yang berusia dua tahun lebih. Walaupun Jimmy dan Suhaila telah berpisah , namun kasih sayang Jimmy kepada anaknya itu tidak pernah pudar bahkan semakin hari semakin sayang. 

-Twiiter MrJimmyShanley


0 comments:

Post a Comment