Blogger news

[x]

Saturday, 16 August 2014

On 01:44 by Unknown in    No comments



Dua ekor bangkai iaitu lipas dan cicak ditemui di Seremban dalam sebotol sos berjenama terkenal.

Mawar Malinda Zakaria, 33, menceritakan pengalamannya kepada sebuah akhbar tempatan bahawa botol sos tersebut mengeluarkan bau busuk ketika dibuka dan selepas berusaha menuang sos yang tersekat, bangkai cicak dan lipas mula kelihatan.


Akibatnya hasrat mahu memasak ayam percik menggunakan sos tersebut pada petang Selasa lalu terpaksa dibatalkan. Apabila aduan dibuat, perkhidmatan pelanggan syarikat terbabit hanya mahu mengantikan dengan sebotol sos yang baru sebagai ganti.
Tindakan tersebut dilihat sebagai tidak sepatutnya berlaku dan pihak terbabit sepatutnya lebih bertanggungjawab lebih lagi melibatkan makanan tercemar.

0 comments:

Post a Comment