Blogger news

[x]

Tuesday, 26 August 2014

On 05:46 by Unknown in    No comments
Seorang wanita yang menyimpan wang di dalam almari sejak berdekad-dekad lalu kerana tidak percayakan bank akhirnya kecewa apabila mendapati wang berkenaan habis dimakan anai-anai.

Pada mulanya Cai Hou, 70, menyangka wangnya yang berjumlah 10,000 yuan itu dicuri
Tetapi selepas mendapati ada anai-anai berhampiran wang berkenaan barulah dia menyedari bahawa wangnya itu sudah dirosakkan seranga terbabit.

“Saya begitu kecewa. Selama ini saya tidak pernah percayakan bank dan berpendapat adalah lebih selamat jika menyimpannya dalam almari,’’ katanya.

Keluarga Cai bagaimanapun berjaya menyelamatkan 1,950 yuan sahaja selepas mereka menyambung semula wang kertas yang koyak itu.
Baki wang yang lain, habis dimakan anai-anai dan menjadi cebisan kecil.

Wang sebanyak 1,950 yuan itu kini disimpan di dalam bank dengan akaun dibuka atas nama Cai Hou.

0 comments:

Post a Comment