Blogger news

[x]

Wednesday 20 August 2014

On 22:30 by Unknown in    No comments



DI Laos terdapat sebuah desa kecil yang ramai dikunjungi pelancong, iaitu desa Vang Vieng. Desa ini dikenali sebagai syurga para backpacker (pengembara).




Desa Vang Vieng di Laos awalnya merupakan sebuah desa pelancongan yang mempunyai pemandangan indah dan suasana tenang. Desa ini terletak di Wilayah Vientiane, sekira empat jam perjalanan dari Ibu Kota Laos, Vientiane. Sejak dulu, desa ini memang telah menjadi pusat para backpacker dari Eropah dan Australia.


Dulu, setiap minggu pasti ada saja pembangunan guest house baru di Vang Vieng. Sehingga desa ini dipenuhi bar, kafe, serta penginapan yang setiap harinya memasang muzik-muzik keras. Daya tarik Vang Vieng kini adalah bir dan narkotik, yang boleh didapati dengan harga sangat murah di hampir semua bar dan kafe yang ada di desa ini.


Tarikan utama di desa ini adalah berenang di Sungai Nam Song menggunakan pelampung besar (tubing), dan menurut tempat penyewaan ban tersebut, setiap harinya ada lebih dari 500 pelampung yang disewa. setiap harinya jalanan di desa ini dipenuhi para pelancong yang mabuk-mabuk dan berpakaian tidak penuh serta berpesta semalaman suntuk.


Backpacker ini menghabiskan sekurang-kurangnya dua minggu hingga sebulan di Desa Vang Vieng. Mereka bahkan bekerja di bar dan kafe untuk mendapatkan penginapan serta minuman percuma sepuasnya. Malangnya, sejak aktiviti tubing dilarang kerajaan kerana berbahaya, Vang Vieng menjadi semakin sepi dari backpacker asing.






0 comments:

Post a Comment