Blogger news

[x]

Saturday, 16 August 2014

On 07:03 by Unknown in    No comments
CHINA“ Seorang remaja cantik terbakar hampir 30 peratus tubuh badannya selepas dibakar oleh seorang lelaki akibat dia menolak pelawaan cinta dari lelaki tersebut.

Zhou Yan, 17, yang dibakar di dalam bilik tidurnya oleh Tao Rukun pada September tahun lalu menanggung derita akibat kesan terbakar itu terutamanya di sekitar kepala, leher dan dada...

Yan terpaksa menerima rawatan rapi selama beberapa bulan di hospital kerana berada dalam keadaan kritikal tetapi dibenarkan pulang setelah keadaan dirinya kembali stabil. Menurut ibu Yan, Li Chong,

perkara yang menyebabkan anaknya menerima derita itu selepas Rukun mempelawa anak gadisnya itu menjadi teman wanitanya tetapi ditolak mentah-mentah kerana mereka berdua masih belajar selain Yan langsung tidak mempunyai perasaan kepada Rukun. Selepas mendengar cerita dari Yan, Chong bertindak memindahkan anaknya ke sekolah menengah rendah yang lain untuk mengelak dari bertemu dengan Rukun tetapi usaha itu ternyata tidak berhasil.

Selain itu, disebabkan kejadian itu berlaku, hubungan yang baik terjalin antara keluarga Yan dan Rukun juga turut terjejas di mana keluarga Rukun enggan bertanggungjawab di atas perlakuan anak lelaki mereka.

“Ibu bapa Rukun sangat baik dan sentiasa mengikuti perkembangan Yan sewaktu dia berada dalam hospital tetapi itu semua berubah apabila ibu Rukun memaksa saya menandatangan satu borang rayuan ikat jamin anaknya supaya tidak ditahan dan dibicarakan,” kata Chong yang dipetik dari laporan berita Daily Chilli..

0 comments:

Post a Comment