Blogger news

[x]

Saturday, 16 August 2014

On 21:21 by Unknown in    No comments
~Gadis Berusia 15 Tahun Hilang 2 Bulan, Di Henyak 10 Lelaki~



PARIT BUNTAR – Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang di sekitar kawasan Alor Pongsu, Bagan Serai sejak dua bulan lalu ditemui Ketua Kampung Bukit Merah di sebuah rumah penduduk di Lembah Beriah, bulan lalu.

Bagimanapun, rahsia remaja berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang dari rumah ibunya di Langkawi, Kedah pada awal Januari lalu terbongkar setelah dia dikatakan mengikut ‘abang angkatnya’ pergi ke Alor Pongsu, Bagan Serai tanpa pengetahuan keluarga.




Ketua Kampung Bukit Merah, Mohamad Nor Hassan berkata, pihaknya difahamkan remaja itu sudah menginap di beberapa rumah rakan lelakinya sebelum ditemui di kediaman berkenaan.Menurutnya, dia menyerahkan remaja itu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Kerian, sebelum dihantar ke Rumah Perlindungan Kanak-kanak Kuala Kangsar untuk perlindungan sementara.

“Sewaktu remaja itu ditemui, saya ada bertanyakan punca dia lari rumah. Remaja itu mendakwa dia keluar rumah sebab tidak tahan dengan perangai ibunya yang dikatakan terbabit aktiviti gadis pelayan pelanggan (GRO).

“Bagaimanapun, alasan diberikan remaja itu tidak benar setelah latar belakangnya diselidik. Saya mengetahui ibunya bekerja sebagai nelayan di Langkawi,” katanya sewaktu ditemui di pekarangan Mahkamah Majistret Parit Buntar, semalam.

Mohammad Nor berkata, ketika disoal selidik, remaja terbabit mendakwa dia sudah melakukan hubungan seks bersama lebih 10 lelaki sejak berada di kawasan Alor Pongsu.
Beliau berkata, bagaimanapun, remaja itu enggan memberikan kerjasama apabila ditanya mengenai identiti kesemua individu terbabit.

“Seminggu selepas dihantar ke Rumah Perlindungan Kanak-kanak Kuala Kangsar, saya terkejut dihubungi pengurusan rumah berkenaan memaklumkan remaja itu cuba melarikan diri bersama lapan penghuni lain.“Tindakan itu amat mengejutkan dan saya terpaksa menghubungi ahli keluarga terdekatnya untuk memaklumkan perkara itu,” katanya.

Sementara itu, ibu saudara remaja berkenaan yang enggan dikenali berkata, dia pernah mengajak anak saudaranya tinggal bersamanya pada Oktober tahun lalu.Katanya, ajakan itu dibuat berikutan dia kasihan dengan keadaan ibu remaja berkenaan yang sering mengadu mengenai sikap liar anaknya.

“Ibu remaja berkenaan merupakan bekas kakak ipar saya dan saya pernah menjaga anak saudara saya sejak berusia tujuh hingga 10 tahun disebabkan tidak mahu emosinya terjejas dengan keretakan rumah tangga ibu bapanya pada ketika itu,” katanya.

Ibu saudara remaja itu berkata, anak saudaranya ada memintanya membelikan sebuah telefon pintar atas alasan mahu melayari laman sosial Facebook.Bagaimanapun, dia tidak menyangka remaja bertindak menghilangkan diri seminggu selepas diberikan telefon pintar berkenaan.

Sementara itu, sumber JKM ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan menyatakan perintah mahkamah sudah dikeluarkan ke atas remaja tersebut bagi membolehkan hak penjagaan diserahkan kembali kepada waris.
#sadis

0 comments:

Post a Comment