Blogger news

[x]

Saturday, 16 August 2014

On 09:14 by Unknown in    No comments
~LAGI KISAH MISTERI BUKIT DI PUTRAJAYA~
~ ular besar melilit puncak bukit..??~



#Cerita dr M.S

Gambar di bawah saya rakamkan pada jam 1.30 pagi tadi ketika membuat tinjauan di lokasi pertama, Precint 4, Putrajaya, bersama kru 666.





Sebelum itu kami meninjau bukit bersebelahan.








"Pernah orang mendakwa terlihat ular besar melilit puncak bukit. Maklumat mengatakan, ada percubaan untuk meruntuhkan bukit ini tetapi gagal," ujar Azree Ja;afar.
Bukit terbabit terletak berhadapan Jabatan Peguam Negara
.






"Saya dengar, sepatutnya empat bangunan di sebelah Jabatan Peguam Negara itu dibina di sini. Khabarnya bukit ini cuba diletupkan tetapi tidak berjaya," kata Azree lagi.

Berikutan maklumat itu, Muhamad Zaki Muhammad pantas menghampiri kaki bukit diperkatakan. Dia kemudian secara mudah memecahkan batu kabur diambil dari permukaan bukit sama. Aksinya saya rakam menggunakan kamera Canon G12.

Bagaimanapun setelah lebih setengah jam meneliti lebih 500 gambar, gambar pegun dimaksudkan gagal saya ditemui sedangkan gambar terbabit telah saya prebiu sebaik dirakamkan di lokasi.

Suhu terendah direkod menggunakan Infrared, IR Thermometer oleh Mohd Farid Hamzah dan Ashraff Zainon, 58°F berbanding suhu asas 80°F. Mengikut pengkaji kes paranormal dunia, penurunan suhu secara drastik dipercayai berlaku kerana kehadiran entiti paranormal di kawasan sekitar.


"Ayah, putih putih itu, apa?," soal Azard.

Muhamad Azard Faez, 10 tahun, anak bongsu saya terlalu kepingin menyertai tinjauan bersama kru 666 sebelum ini. Malam tadi saya tunaikan permintaannya dengan syarat dia dijaga ketat setiap kru terbabit.

Berikut gambar dirakamkan Azard menggunakan kamera digital Canon G9.




Tidak berpuas hati dengan penemuan di lokasi awal, Rahmat Mokhtar, Razali Harun dan Alfee Ja'afar meredah semula kawasan di tepi bukit dan cuba mendaki tebing curam. Gambar mereka saya rekodkan dari jauh berikutan laluan berair dan basah.



Hampir jam 1.30 pagi, mereka terpaksa turun semula.
"Di tebing tadi ada banyak jaring dan kebel sebesar penggenggam, mungkin untuk menahan tanah supaya tidak runtuh. Suhu di atas memang sejuk, barangkali dalam lingkungan 20°C," dakwa Razali.

Sebelum beredar dari kawasan itu kami sempat berbincang. Jika batu kapur itu mampu dipecahkan dengan mudah menggunakan tangan, mengapa ada pihak dikatakan sukar untuk meruntuhkan bukit terbabit dengan kaedah letupan?




Seperkara lagi, majoriti gambar saya rakamkan selepas kru 666 mendekati bukit dan sebelum beredar, didapati hilang. Kejadian tidak pernah berlaku sebelum ini.



misteri bukit di Putrajaya
info By Mazidul

0 comments:

Post a Comment