Blogger news

[x]

Monday 11 August 2014

On 23:17 by Unknown in ,    No comments
DYANA SOFYA JUGA SAMBUT 'HARI HANTU LAPAR'!!!??

Dyana Sofya seringkali digambarkan oleh DAP sebagai Melayu Baru yang boleh menerima DAP serta aliran pemikiran DAP yang pada masa sama, memandang Islam dan Melayu sebagai leceh, jijik dan jumud.



Walaupun dia sendiri berbangsa Melayu dan dikhabarkan beragama Islam, demi sokongan kaum Cina, Dyana Sofya sanggup menjadi Cina. Sanggup menyebarkan cerita tentang asal usul keturunannya sebagai Cina dan bertutur dalam Bahasa Melayu yang sangat pelat dan pekat Bahasa Cinanya walaupun Bahasa Cinanya cuma sepatah dua yang dihafal.

Perayaan Hari Hantu Lapar bukanlah perayaan besar. Sudah ramai orang Cina yang tidak menyambutnya lagi, terutama bagi mereka yang beragama Kristian, memandangkan perayaan tersebut mempunyai kaitan yang sangat kuat dengan agama Tao, salah satu agama tua dalam masyarakat Cina pelbagai suku dan ras di Malaysia.

Walaupun orang Islam tidak dibenarkan menyertai perayaan tersebut kerana ia mempunyai kaitan dengan akidah, namun orang Islam perlu menerima kewujudannya sebagai salah satu sub-budaya dalam masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara ini.

Tetapi apabila ada orang Islam sendiri yang terlibat sepenuhnya sepertimana yang dilakukan oleh Dyana Sofya yang konon-kononnya mahu menunjukkan dia adalah seorang pengamal liberalisme yang tidak menjejaskan akidahnya, ia memang sesuatu yang keterlaluan.




Nenek moyang Dyana Sofya yang mana yang sedang menghampiri pintu Neraka Ke-9 dan mahu turun kerana lapar sehingga dia perlu membakar lilin dan terlibat dalam memujuk malaikat penjaga neraka? Berapa banyakkah wang neraka yang dihantar oleh Dyana Sofya kepada datuk neneknya di alam neraka? Berapa jenis kenderaan, jongkong emas, rumah banglo, kasut, sut persalinan dan sebagainya, termasuklah bon dan geran tanah neraka yang telah dibakar oleh Dyana Sofya kepada datuk neneknya yang bermastautin di dalam neraka?

Beginilah kalau sudah masuk DAP. Demi politik, mereka membutakan segala pancaindera, semata-mata untuk mendapatkan sokongan. Dan anehnya, mereka menganggap IA TIDAK APA-APA dan tidak menjejaskan akidah langsung kerana mereka hanya terlibat memasang lilin, bukannya menyembah mana-mana hantu!!!

APA PANDANGAN ANDA..??MACAM-MACAM..

0 comments:

Post a Comment