Blogger news

[x]

Thursday 14 August 2014

On 08:23 by Unknown in    No comments

~DJ THR & Telefon Highway Di Ganggu Cik Ponti Di Konti & Jalan Kuala Pilah yang Keras~




Tahukah anda, sebelum kisah Misteri Jam 12 ini ke udara, lebih kurang 10 tahun dulu, rancangan semacam ini telah disiarkan di stesen radio Malaysia iaitu station THR (TIME HIGHWAY RADIO). Seperti MJ12 juga, stesen ini banyak menyiarkan cerita2 seram.

Dipendekkan cerita, rancangan ini telah lama ditamatkan, ini akibat gangguan2 dari makhluk2 halus dan boleh dikatakan, ia lebih teruk dari MJ12 kerana setiap kali ada hantu mengilai, atau DJ diganggu, pendengar dapat dengar dengan jelas di radio akan gangguan2 tersebut, hinggalah pada suatu malam, stesen ini diganggu teruk. Habis lampu dan alat2 penyiaran dimatikan dengan secara tiba2. Sebelum itu ramai pendengar termasuk kawan2 saya di Singapura yang mengikuti rancangan ini mendengar sama.

Pada keesokan harinya bila stesen tadi diganggu pada malam harinya, pihak berkuasa telah membuat siasatan, takut2 stesen ini dikhianati oleh pihak2 tertentu, tapi setelah siasatan dijalankan, didapati benda yang mengganggu stesen itu dan suara rakaman dari telefon yang ramai orang dengar itu adalah panggilan dari telefon kecemasan lebuhraya.

Telefon ini hanya boleh berhubung dari lebuhraya hingga ke ibu pejabat PLUS saja. Bayangkan benda jahat ini berupaya gunakan telefon ini untuk menelefon stesen radio??? Akibat itu rancangan ini telah dihentikan dan dengar khabar DJ yang mengendalikan rancangan itu juga dihantar berubat akibat gangguan.

Seterusnya adalah kisah ayah kawan saya, saya akan cuba ceritakan sependek mana yang boleh. Ayah kawan saya telah memandu di kawasan Kuala Pilah, di Seremban. Kawasan ini adalah tempat popular yang ramai orang Malaysia tahu sentiasa "mendapat" mangsa2nya. Banyak jiwa telah terkorban di tempat ini. Ayah kawan saya sedang memandu di kawasan ini, biasalah orang tua tak memandu laju, hanya lebih kurang 80 kilometer sejam saja paling laju.

Kejadian ini berlaku sekitar jam 9 malam. Sewaktu memandu, tiba2 "Cik Kak" berambut panjang ini terbang betul2 tepi keretanya. Ayah kawan saya semakin panik, makin laju dia pandu, lebih laju benda ini terbang, hinggakan ayahnya hilang kawalan dan kereta pun terbalik.

Nasib baik ayah kawan saya ini cedera ringan saja. Tiba di hospital, polis ambil keterangan dan setelah diberitahu semuanya, polis hanya berkata, "BIASALAH TEMPAT TU..."

0 comments:

Post a Comment