Blogger news

[x]

Monday, 18 August 2014

On 09:37 by Unknown in    No comments



India - Seorang lelaki dibunuh dan dua orang mengalami cedera parah kerana dipukul oleh orang kampung. Insiden ini berlaku di sebuah kampung Kaliabazar yang berdekatan dengan West Bengal.

Orang-orang kampung marah apabila mendapati seorang perempuan yang berumur 9 tahun yang mati dan digantung di dahan pokok dan mempunyai kesan-kesan rogol. Mereka terus mengepung rumah seorang bomoh yang bernama Das, dan memukul dia dan kawan-kawannya.

Menurut Hindustan Times, orang-orang kampung mencari budak perempuan ini selepas ahli keluarganya mendapati dia hilang semasa keluar untuk membeli-belah di kedai kawasan kampung tersebut.

Terdapat desas-desus mengatakan bomoh ini bersama mangsa rogol sebelum kematian mangsa.

0 comments:

Post a Comment