Blogger news

[x]

Monday, 11 August 2014

On 21:32 by Unknown in    No comments

KUALA LUMPUR, 8 OGOS 2014: Demi berlaku adil terhadap kedua-dua isterinya pada Aidilfitiri ini, pelakon dan pengacara Ashraf Muslim akui dia telah pun berhari raya secara berasingan secara bergilir-gilir di kedua-dua kampong isterinya yang berlainan negeri pada awal Lebaran lalu.

Ashraf Muslim berkata dia akui penat kerana perlu terkejar-kejar dari hari raya pertama hinggalah ketiga untuk memastikan dia dapat bersama-sama dengan kedua-dua keluarga belah isterinya.

“Terus-terang pertama kali beraya bersama-sama kedua-dua keluarga isteri saya memang agak memenatkan kerana daripada hari raya pertama hingga ketiga saya terpaksa begerak ketiga-tiga negeri.

“Bayangkan hari raya pertama saya beraya dengan keluarga isteri pertama iaitu keluarga Dayana di Kuala Lumpur, kemudian hari raya kedua pula saya seorang bergerak ke Ipoh untuk beraya bersama isteri kedua saya Wan Sakinah, anak dan keluarganya.


“Kemudian hari raya ketiga pula saya perlu ambil dan bawa kedua-dua isteri saya untuk ke Melaka dan beraya di rumah keluarga saya di sana. Keesokkan kami beraya di beberapa rumah keluarga saya yang terletak di Johor dan sebagainya hinggalah pulang pada hari raya ke-6.

“Meskipun penat, tapi sebenarnya dari segi mental dan fizikal saya sendiri sudah bersedia. Cuma lebih eksian kepada anak saya yang baru berusia 4 bulan kerana dia masih kecil dan agak renyah untuknya bergerak ke sana ke sini,” katanya kepada murai.com.my


Ashraf ditemui selepas sidang media Malam Cinta Rasul di Saloma Bistro baru-baru ini.

Pun begitu, Ashraf memberitahu Raya tahun ini merupakan Syawal yang amat bermakna buatnya apabila dapat bersama dengan keluarga besarnya.

“Saya gembira dan bersyukur kerana dapat bersama-sama dengan keluarga saya sekaligus mengeratkan silaturahim dengan kedua-dua keluarga isteri-isteri saya,” luahnya lagi.

Mengenai perkembangan karier seni, Ashraf bakal menjalani penggambaran drama Catatan Seorang Dai yang akan bersiaran di RTM selain sibuk dengan penerbitan telemovie dari syarikat produksinya sendiri iaitu Al-Hidayah Productions Sdn Bhd.

0 comments:

Post a Comment