Blogger news

[x]

Monday 11 August 2014

On 22:53 by Unknown in ,    No comments

ANWAR SENTAP?? ! VS SULTAN SELANGOR & KHALID KEKAL MB ?? PANDANGAN ANDA??



- Abdul Khalid memaklumkan Sultan Selangor perkenan untuk beliau meneruskan tugas sebagai MB Selangor sehinggga ada perkembangan terbaharu.



- Abdul Khalid memaklumkan Tuanku berpuas hati dengan penjelasan bahawa beliau masih mendapat sokongan majoriti ADUN Selangor. Justeru Tuanku memberi perkenan kepada beliau untuk kekal sebagai MB.

--Berhubung mesyuarat kerajaan negeri, Abdul Khalid berkata beliau telah mendapat sokongan empat exco dari Pas. Katanya, itu sudah memadai baginya untuk beliau mengadakan mesyuarat kerajaan negeri walaupun tanpa exco dari PKR dan DAP. Ini berdasar tatacara Artikel 52.2B Undang-undang Negeri.

- Berhubung lain-lain Exco yang tidak mengikut tatacara Artikel 52.2B, mereka dinasihatkan untuk melepaskan jawatan. Beliau akan menemu bual setiap Exconya esok bagi mengetahui sokongan mereka.

-Abdul Khalid memaklumkan bahawa beliau akan mempertimbang cadangan untuk menyertai Pas tetapi buat masa kini beliau akan membersihkan namanya terlebih dahulu.

-Isu pembubaran DUN tidak disentuh dalam mesyuarat dengan Tuanku kerana beliau tidak meminta pembubaran dewan dibuat, kata Abdul Khalid.

- Abdul Khalid menegaskan beliau masih kekal sebagai MB Selangor dan akan menjalankan tugasnya seperti biasa. - utusan online -


0 comments:

Post a Comment