Blogger news

[x]

Tuesday, 19 August 2014

On 06:48 by Unknown in    No comments



Anggota Polis Pukul Ibu Hingga Parah Kerana RM200 | Seorang bekas anggota polis dijatuhkan hukuman penjara 20 bulan dan denda RM1500 selepas mengaku bersalah memukul ibunya sehingga cedera parah dan mencuri wang tunai serta barangan milik mangsa.

Wan Mohamad Shukor Wan Yahya mengaku melakukan kesalahan itu di hadapan Majistret Rozianti Mohd Hanaphi sebaik pertuduhan dibacakan ke atasnya semalam.

Dia didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah dan Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri di dalam bangunan.

Bagi pertuduhan pertama, dia dijatuhkan hukuman penjara 18 bulan dari tarikh tangkap dan denda RM1000 sementara pertuduhan kedua, dipenjara 15 bulan dan denda RM500.

Bagaimanapun, mahkamah majistret mengarahkan tertuduh menjalani hukuman serentak iaitu penjara 20 bulan daripada tarikh ditangkap dan denda sebanyak RM1500.

Wan Mohammad Shukor kini tidak bekerja setelah diberhentikan tugas sebagai anggota polis di Putrajaya, setelah gagal menunjukkan prestasi kerja yang baik.

Mengikut fakta kes, dia didakwa menendang bahagian betis kanan dan menarik leher baju ibunya yang berusia 60 tahun pada 7 April lalu, jam 1 pagi di kediaman mereka di Gong Badak.

Tertuduh yang didakwa berang terus mengamuk dengan memukul ibunya yang juga pengadu tanpa belas kasihan setelah gagal mendapatkan wang tunai RM200 sebagaimana diminta.

Selain memukul sehingga mendatangkan kecederaan parah kepada ibunya, Wan Mohammad Shukor turut mengugut untuk mencederakan ibunya sebelum mengambil barangan di dalam beg tangan pengadu iaitu wang tunai RM450, sebentuk cincin emas dan kad pengeluaran wang automatik (ATM) Bank Simpanan Nasional (BSN).

0 comments:

Post a Comment