Blogger news

[x]

Tuesday, 26 August 2014

On 08:36 by Unknown in , , ,    No comments
AMARAN! ARTIKEL INI UNTUK 18 TAHUN KE ATAS SAHAJA. ~SUAMI ISTERI~

~HUKUM ORAL SEKS~SUAMI ISTERI~

Isteri menghisap zakar suami atau dikenali sebagai oral seks adalah perbuatan yang menjadi idaman setiap lelaki yang bergelar suami. Orang lelaki baik macam mana pun, nafsu tetap nombor satu. Cuma persoalannya, adakah boleh seorang isteri menghisap zakar suaminya? Ada 2 pandangan dalam hal ini.


PANDANGAN YANG MEMBOLEHKANNYA

Liwat atau anal seks adalah diharam sama sekali dalam Islam kerana ada dalil al-Quran dan Hadis yang mengharamkannya. Walaubagaimanapun, hukum oral seks tidak disebut dalam al-Quran atau Hadis. Apabila tak ada dalil, perbuatan menghisap zakar suami termasuk dalam kategori syubhah iaitu antara halal dengan haram.


Dr Syeikh Yusof al-Qaradawi berpendapat harus mencium kemaluan suami atau isteri dengan syarat tidak menghisap atau menelan cecair yang keluar daripada kemaluan tersebut.



Mufti Mesir, Syeikh Dr Ali al-Jumaah dan Dr. Sabri Abdul Rauf (Prof Ilmu Fekah di Universiti al-Azhar) berpandangan harus kerana menghisap zakar suami boleh mengeratkan hubungan suami isteri dan mengelakkan si suami ‘makan luar’.

Ulama Hambali mengharuskan mencium kemaluan pasangan sebelum persetubuhan tetapi memakruhkannya selepas persetubuhan kerana dibimbangi wujudnya najis seperti air kencing atau air mazi.

Syeikh Abdullah bin Abdirrahman al-Jibrin memakruhkan oral seks kerana bertentangan dengan fitrah jiwa manusia.

Syeikh Musa Hasan Mayan mengharuskannya kerana oral seks adalah tambahan dari yang dihalalkan, tiada dalil yang mengharamkannya dan didiamkan oleh syarak.

Ustaz Azhar Idrus pula berpendapat, sebahagian ulama memakruhkannya selagi tidak mengenakan najis pada mulut isteri. Sebahagian ulama lagi mengharamkannya kerana temasuk dalam perbuatan keji dan bukan amalan Rasulullah saw.

PANDANGAN YANG MENGHARAMKANNYA

Ada juga ulama yang mengharamkannya kerana kemungkinan wujudnya air mazi (cecair prostat) pada zakar suami. Ini kerana air mazi adalah najis yang sama seperti air kencing.

Mufti Arab Saudi, Syeikh al`Allamah Ahmad mengharamkan oral seks kerana air mazi adalah najis dan boleh memudaratkan kesihatan isteri. Menurut doktor pakar sakit tuan iaitu Dr Ismail Thambi, bakteria dalam mulut boleh menyebabkan penyakit kulit pada bahagian zakar.

RUMUSAN
Hukum mencium, menjilat atau menghisap kemaluan pasangan suami isteri adalah dibenarkan dalam Islam dengan syarat tidak ada najis pada kemaluan tersebut.

wallahua'lam
SUMBER

0 comments:

Post a Comment