Blogger news

[x]

Friday, 22 August 2014

On 05:09 by Unknown in ,    No comments
~AKIBAT BELA MAKHLUK HALUS UNTUK JADI PENDAMPING~[KISAH BENAR]

#ternampak seperti susuk tubuh 3 perempuan berambut panjang sedang duduk di hujung katil#



Nama kakak, Hajah Kamariah d dari Muar, Johor.


Kisah yang kakak nak ceritakan tentang kakak dan suami sering di ganggu pada waktu malam dengan kehadiran Arwah mak yang sudah meninggal dunia kurang 2 bulan.


Ketika hidup mak kakak suka melakukan perkara-perkara yang salah dari segi akidah Islam.
Mak kakak bukanlah bomoh atau tukang obat. Tapi sekali-sekala akan ada orang-orang datang jumpa dengan arwah untuk minta pertolongan secara batin ataupun halus. 
Setiap hari Khamis malam Jumaat dia akan mengasap seluruh rumah dengan asap kemenyan dan kadang kala dia juga akan menggunakan penyembuh untuk sembuh air bunga cempaka dalam rumah yang kami tinggal.

 Biliknya setiasa wangi tapi wangian yang digunakan adalah bunga cempaka dan pacai. Kadang kala kakak rasa takut nak duduk rumah seorang diri walaupun waktu petang.

Ketika arwah mak nak menghembuskan nafas terakhir dia mempunyai beberapa kesulitan dimana tak perlulah kakak ceritakan. Tapi selama lebih kurang 33 hari dia terlantar di katil dan tidak bermaya. Dia juga tidak suka lampu bilik dinyalakan sebab katanya silau.

 Waktu malam kakak dan suami akan dengar dia berkata kepada sesuatu "Tolong jangan ganggu aku, dah lama aku jaga kau. Aku sakit tak boleh kasi kau makan!!" kemudian diikuti dengan suara dia menangis. 

Dalam 33 hari itulah banyak gangguan berlaku, antaranya beberapa kali pada waktu maghrib kakak kalau lalu depan bilik mak yang tengah baring di katil akan ternampak seperti susuk tubuh 3 perempuan berambut panjang sedang duduk di hujung katil sambil badan membongkok seolah-olah sedang hisap ibu jari mak kakak "Sudahlah jangan hisap darah aku lagi, aku nak mati ni" "Tolong... tolong...." katanya dengan suara yang sayu.

Kakak dan suami mendapatkan khidmat seorang Imam untuk membantu mak kakak, "benda" itu makin berleluasa. Kadang kala waktu malam akan dengar bunyi orang cakar dinding rumah dan bunyi burung hantu dalam rumah! Suami pernah nampak ada mahluk hitam merangkak keluar dari bilik arwah mak. Dengan izinnya dan bantuan Imam Ismail alhamdulillah rumah sekarang dah bersih.


By Kakak Kamariah..
wallahua'lam..

0 comments:

Post a Comment