Blogger news

[x]

Sunday 10 August 2014

On 11:10 by Unknown in    No comments

Adam dan Fiza selepas mendaftar rujuk semula di pejabat Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) di Shah Alam. 
Perasaan yang masih utuh menyatukan mereka kembali sebagai suami isteri. Pasangan artis popular Adam AF2 dan Fiza yang bercerai pada 28 April yang lalu telah kembali rujuk pada 17 Julai lalu bersamaan 19 Ramadhan selepas 2 bulan mereka bercerai. 

Bercakap kepada wartawan B*Pop, Adam memberitahu pada Selasa lalu mereka telah pergi ke Pejabat Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) di Shah Alam pada jam 11 pagi untuk pendaftaran rujuk semula perkahwinan mereka. 

Adam dan Fiza mengganggap apa yang berlaku pada mereka sebelum ini adalah ujuan dan takdir daripada Allah. Sepanjang tempoh lebih 2 bulan penceraian mereka, mereka telah muhasabah diri dan mengkaji kesilapan masing-masing dan berusaha untuk memperbaikinya ujar Adam. 

“Walaupun bercerai, kami tidak bermasam muka & masih terus berhubung. Ternyata cinta kami masih kuat. Setelah berfikir dan berbincang, kami ambil keputusan untuk rujuk semula pada bulan Ramadan yang berkat. Saya harap semua orang doakan yang terbaik agar perkahwinan kami kekal ke akhir hayat dan semoga dijauhkan dari fitnah dunia,” kata Adam. 


“Fiza harap peminat doakan agar kami dapat rezeki anak secepat mungkin. InsyaAllah Fiza akan memperbaiki segala kelemahan dan kesilapan masa lalu supaya rumah tangga kami pada masa akan datang menjadi lebih baik lagi,” kata Fiza dengan penuh harapan selepas ditanya harapannya selepas dirujuk semula. 


Fiza juga berharap dapat mengerjakan umrah bersaa Adam satu masa nanti. Selepas mereka merujuk semula, mereka telah berpindah ke Shah Alam. Selain itu, Fiza juga telah beraya bersama keluarga Adam di Sabah pada Hari Raya yang ketiga hingga kelima sebelum mereka pulang semula ke Kuala Lumpur. 



0 comments:

Post a Comment