Wednesday, 1 October 2014
[TANDA2] ~TANDA2 KEWUJUDAN MAKHLUK HALUS DAN TIPS MENGHADAPINYA~
AMBIL TAHU
Berikut adalah tips; tanda makhluk halus di sekeliling kita dan bagaimana mengatasinya. Pak Lang kumpulkan semua tips ini daripada pelbagai sumber terutama dari kalangan perawat / tabib di Pusat Rawatan Ikhwan, huga melalui facebook, blog dan lain-lain.
Berikut adalah tanda-tanda kewujudan makhluk halus di sekeliling kita dan bagaimana mengatasinya. Pak Lang kumpulkan semua maklumat ini daripada pelbagai sumber terutama dari kalangan perawat / tabib di Pusat Rawatan Ikhwan, pengalaman sendiri, internet dan lain-lain. Bacalah semoga bermanfaat untuk kita semua!
Cerita mengenai wujudnya makhluk halus, hantu, jin dan sebagainya sudah selalu diperkatakan? Walaupun ramai yang mengatakan tidak pernah bertemu dengan sebarang makhluk halus, ramai pula yang menempuh pengalaman yang menggerunkan itu. Mendengar ceritanya saja mungkin membuatkan kita rasa seram dan ketakutan, apalagi jika merasakan kehadiran sosok ghaib tersebut di sekitar kita.
Kehadiran mereka ini boleh diketahui setidak-tidaknya dengan memperhatikan sepuluh tanda berikut. Jika di tengah malam sunyi - apatah lagi kita sendirian dan merasakan gejala ganjil berikut, kemungkinan kita sedang kedatangan tamu dari alam ghaib yang menyeramkan.
Antara tanda-tandanya ialah:
1. Tiba-tiba kita merasa ada 'orang' lain bersama kita.
Faktanya, manusia adalah makhluk yang memiliki energi atau tenaga. Energi ini dapat mengesan energi lain yang hadir di sekitarnya. Ketika kita tiba-tiba mendapat "perasaan" tentang sesuatu yang hadir di sekitar kita, kita mungkin sedang memasuki medan energi lain. Hasilnya, kita akan merasa ada 'orang' lain bersama kita. Kadang-kadang kita dapat melihat di hujung mata kelibatnya tetapi setelah diselidik, tiada sesiapa yang kita temui.
2. Penurunan suhu secara mendadak yang tidak munasabah.
Ketika kita berada di sebuah ruangan yang bersuhu hangat dan nyaman, tiba-tiba kita terasa ada perubahan suhu yang mendadak. Ini dianggap sebagai tanda bahawa ada sesuatu dari dunia lain yang hadir di sekitar kita. Tidak ada yang tahu mengapa penurunan suhu selalu terjadi ketika ada roh di sekitar kita. Namun, itu tentu tidak selalu terjadi.
3. Bulu roma meremang atau menegak
Kadang-kadang kita mendadak merasa bulu roma di tengkuk atau tangan menegak ke atas atau meremang. Ini biasa disebut dengan istilah merinding. Hal ini terjadi secara tiba-tiba dan pada waktu yang sama, kita pun mulai rasa pelik, cemas atau takut.
4. Lampu meletup atau benda-benda terbakar dengan sendirinya
Ada ramai yang pernah mengalami kejadian aneh seperti lampu yang tiba-tiba saja meletup tanpa sebab yang jelas? Ada pandangan mengungkapkan bahawa energi yang dibawa oleh roh yang mendatangi saling tarik-menarik dengan energi lain yang berada di sekitar kita, yang dalam hal ini adalah tenaga elektrik. Akibatnya, terjadi limpahan arus elektrik yang melampau yang akhirnya mengakibatkan lampu pecah atau meletup. Ada juga kes yang biasa kita baca tentang kebakaran yang pelik. Barang-barang yang tidak munasabah untuk terbakar seperti kainatau pakaian di dalam almari, sejadah yang berlipat, langsir yang sedang terbuai-buai ditiup angin dan sebagainya. Jika dilihat, ianya tidak mungkin tetapi makhluk halus berupaya bertindak 'senakal' itu bahkan lebih dahsyat lagi sebenarnya!!
5. Reaksi aneh dari binatang di sekitar kita
Binatang boleh merasakan dan melihat sesuatu yang tidak mampu dilihat manusia. Apakah binatang peliharaan kita kelihatan gelisah. tidak senang duduk atau ketakutan? Beberapa haiwan, seperti anjing, biasanya akan menunjukkan reaksi aneh seperti menggogoi terus-menerus pada titik tertentu. Kita dapat mengesan anjing atau binatang berkenaan sedang ketakutan. Mata dan telinganya dapat melihat dan mengesan hal-hal yang tidak bierupaya dilakukan oleh mata dan telinga kita.
6. Ketukan
Jika kita tiba-tiba mendengar ketukan dipintu atau dinding bilik atau dinding rumah, itulah antara tanda 'popular' makhluk halus cuba berinteraksi dengan kita. Ketukan nampaknya menjadi bentuk paling umum adanya komunikasi antara manusia dengan roh. Makhluk halus melakukan itu untuk mendapatkan perhatian manusia dan sekaligus mungkin untuk menakut-nakuti mereka.
7. Merasakan seperti ada yang memanggil nama kita
Kadang-kadang kita berpikir bahawa kita terdengar seseorang memanggil nama kita. Ianya jelas - tidak mudah untuk dikatakan khayalan atau sebagainya. Sebaliknya suara panggilan itu seolah-olah di tepi telinga kita. Suaranya mungkin sekadar berbisik tetapi sangat jelas. Sebenarnya itulah ketikanya makhluk halus sedang berusaha menyapa kita. Entah apa tujuannya tidaklah kita ketahui. Bagi para tabib kerohanian yang berpengalaman, mereka tahu dan memahaminya. Mungkin juga mereka mahu kita merasai keberadaannya dan mengingatkan kita agar tidak berbuat sesuatu yang tidak disukainya. Sebab itu digalakkan membaca AlFatehah, Ayat Kursi, berdoa dan berselawat ketika kita sampai ke kawasan yang sedemikian. Membaca ayat-ayat Al-Quran dan lain-lain itu dikira kita sudah 'meminta izin' untuk 'menumpang' di situ terlebih dahulu.
8. Mencium bau aneh atau asing
Jika hidung kita tiba-tiba mencium bau aneh atau asing, samada bau itu harum atau busuk, maka ertinya makhluk halus itu sedang sangat dekat dengan kita. Ini adalah tanda paling umum yang sering kita temui ketika kita berada di sekitar makhluk halus. Sebagai contoh orang terdekat kita yang sudah meninggal dunia tetapi semasa hidupnya suka memakai wangian tertentu, ketika ruhnya berada dekat dengan kita, kita akan tercium bau yang sama. Wallahu a'lam.
9. Benda berpindah dan bergerak sendiri
Ada benda yang telah ditata rapi tiba-tiba berpindah atau bergerak tanpa ada yang memindahkannya. Gambar berbingkai yang dipasang di dinding atau buku-buku di rak tiba-tiba saja jatuh. Pintu almari terbuka dengan sendirinya, perabot ditingkat atas berjalan ke sana sini ditolak orang sedangkan kita pasti tiada sesiapa di atas adalah elemen menggerunkan yang biasa terjadi. Ianya gangguan makhluk halus yang sedang cuba menarik perhatian kita. Mungkinkah mereka berkehendak sesuatu hanya akan kita tahu jika orang-orang yang mahir dapat didatangkan bagi berhubung dengan mereka. Hanya mereka yang tahu kaedah dan pendekatan yang sesuai.
10. Mendengar suara aneh atau gaduh
Kita akan mendengar suara-suara aneh atau gaduh atau riuh rendah seolah ramai manusia di tempat tersebut. Pastilah jika kita menjenguk atau pergi melihatnya, kita tidak akan dapat melihat apa-apa.. Suara ini meliputi; derap langkah kaki, suara pintu dibanting, ketukan perlahan di lantai atau tangga. Tidak jarang, kita juga mendengar suara-suara aneh seperti musik, bisikan, teriakan, jeritan, melolong atau suara-suara yang tidak dapat dijelaskan lainnya. Semuanya jelas menunjukkan ada makhluk lain yang tidak dapat kita lihat dengan mata kasar. Bunyi atau apa yang terjadi adalah kesan perbuatan mereka. Kita hanya diberi peluang melihat sebahagian kerenah mereka. Amat jarang untuk dapat kita lihat rupa wajah atau bentuk tubuh dengan mata kasar.
Inilah sepuluh tanda yang menunjukkan adanya kehadiran makhluk ghaib atau makhluk halus di sekitar kita. Jika ada tanda-tanda di atas yang sedang kita alami, ertinya berwaspadalah.
Dan berikut adalah beberapa tips untuk tindakan kita:
1) Beristighfar meminta ampun dengan Tuhan.
Sebaik kita merasa adanya makhluk yang menyeramkan, jika kita serta merta ketakutan maka ketika itu beristighfarlah. Kenapa istighfar? Kerana kita gagal merasakan takut yang sebenar-benar takut kepada Allah swt. Kita masih merasa takut kepada selain dari Allah iaitu hantu, jin dan lain-lain. Sedangkan semuanya makhluk ciptaan Allah. mereka tidak dapat berbuat apa-apa melainkan dengan izin Allah. Maka kenalah kita bertaubat di atas kesilapan kita berperasaan.
2) Jangan lariKetika rasa takut datang, jangan cuba lari atau menjauhkan diri. Oleh kerana makhluk halus itu juga sama seperti kita (bahkan kita lebih mulia kerana kita adalah khalifah Allah) maka tidaklah wajar kita merasa boleh ditakut-takutkan oleh mereka. Sebenarnya mereka lebih takut dengan kita bahkan menghormati kemuliaan kita di sisi Tuhan. Mereka sepertilah binatang bisa dan haiwan yang buas. Semuanya mengelak dari bertembung dengan manusia. Masalah timbul apabila bertembung dan mereka tidak berupaya mengelak lagi. Ketika itu mereka akan menyakiti atau mengalahkan kita untuk mereka sempat melarikan diri. Sebab itu sebaik-baik cara berdepan dengan makhluk halus ialah berdepan dan 'berunding'. Membaca ayat Al-Quran akan membuka ruang 'perbincangan'. Ingatlah bagaimana jin berhimpun di sekeliling Rasulullah saw mendengar Baginda saw. membacakan Al-Quran untuk mereka dan mengIslamkan mereka!!
3) Ingatlah Allah
Sebutlah nama Allah sebanyak-banyaknya kerana ianya membantu menghilangkan rasa takut dengan segera. Seeloknya bacalah syahadatain (dua kalimah syahadat) dan hayati maknanya. Kekuatan Allah dan Rasul itu sangat luar biasa jika prinsip ini dihayati membekas di hati.
4) Bercakaplah dengan mereka
Makhluk halus yang suka 'mengganggu' ini kebanyakannya terdiri dari jin. Mereka melihat kita dan mengenali kita. Sebaliknya kita tidak dapat melihat mereka. Mereka mengetahui bahasa yang kita gunakan. Justeru cubalah berkata-kata dengan sebutan suara atau bercakap-cakap di hati. Dengan menyebut nama Allah swt, dengan menyebut selawat kepada Rasulullah saw, bisiklah kepada mereka bahawa kuasa sebenarnya di tangan Allah. Sebagai sama-sama makhluk yang diciptakan Tuhan, ajaklah mereka kembali kepada Tuhan. Inilah bentuk dakwah Baginda Nabi saw kepada para jin. Orang tua-tua yang berpengalaman mengajar agar kita merendah diri seperti memohon keizinan mereka untuk melewati atau melalui tempat mereka. Janganlah sembarangan menceroboh tempat atau kampung atau kediaman mereka. Janganlah sama sekali menunjukkan kesombongan atau berkasar dengan mereka. Cubalah dengan sikap yang mesra dan mahu berinteraksi atau berunding sebaik menempuh tanda-tanda keberadaan mereka berdekatan kita. Biasanya tanda itu muncul untuk memberitahu kita bahawa kita telah 'menceroboh' kawasan mereka. Jadi kenalah kita memberi salam dan meminta maaf serta meminta izin mereka.
5) Hilangkan saki baki rasa takut yang ada
Jangan nampakkan kita gugup atau gentar atau cemas. Tahan diri untuk kekal bersahaja, tenang dan rileks. Nampakkan seolah-olah kita tidak terkesan apa-apa sambil di dalam hati berhubung dengan Allah pemilik seluruh alam dan ciptaanNya. Jika kita hendak dikejar anjing, begitulah caranya. Jangan lari tetapi bersikap tenanglah. Panggillah Allah, Tuhan yang memegang anjing itu dengan kuasaNya. Insya Allah anjing itu tidak akan berani menghampiri kita. Maka demikianlah juga berdepan dengan makhluk halus. panggillah Allah untuk memegang makhluk tersebut agar tunduk mahu taat dengan perintah Tuhan.
6) Carilah orang bertaqwa untuk 'menguruskan' makhluk halus tersebut.
Sekurang-kurangnya carilah orang yang warak - yang menjaga dan mengamalkan syariat Islam dalam melakukan usaha rawatan menghilangkan gangguan makhluk halus. Jangan percayakan orang sembarangan kerana rawatan sebegini akan terdedah kepada amalan yang salah menurut syariat. Orang bertaqwa biasanya melakukannya dengan mudah dan cepat. Mereka tidak perlu menggunakan peralatan atau baranagn yang pelik-pelik. Cukup sekadar dibacakan All-Quran dan dihembuskan ke dalam air, ianya sudah menjadi sangat mujarab. Kesannya ketara dan berhasil dengan izin Allah swt. Inilah kesan orang bertaqwa. Tuhan akan makbulkan segala hajat dan permintaan mereka. Justeru, janganlah kompromi dalam soal syariat dan keperibadian orang yang merawat. Kita merawat mengharapkan bantuan dan keberkatan dari Allah swt untuk menyembuhkan.
7) Jadikan keadaan gerun, seram dan takut itu suatu motivasi untuk mengubah diri
Maksudnya kita sedang berada di dalam satu situasi yang tidak 'sihat'. Sepatutnya kita tidak gerun dengan makhluk halus sebaliknya kita gerun dengan Tuhan. Sepatutnya kita tidak seram dengan hantu jembalang sebaliknya kita kena seram dengan suasana di alam kubur. Sepatutnya kita tidak takut dengan gangguan makhluk halus kerana sepatutnya kita kena lebih-lebih lagi takut dengan berbagai siksaan dahsyat di dalam neraka. Jadi, perasaan gerun, seram dan takut itu hendak diubah arah dan hala tujunya kepada Tuhan, alam kubur dan neraka. Perasaan terhadap makhluk halus seperti yang biasa kita alami menunjukkan hati kita masih rosak dan berpenyakit. Hati kita tidak tepat dalam berperasaan bahkan ianya satu kesalahan yang besar di sisi Tuhan. Semua perasaan gerun, seram dan takut serta lainnya itu hendaklah dihadapkan kepada Allah yang maha menghukum. Begitu juga tidak salah dirasakan gerunnya dengan alam barzakh. Kita sendirian di dalamnya berdepan dengan pertanyaan mungkar nangkir. Tidak ada sesiapa yang boleh menolong kecuali amal kebajikan yang kita lakukan di dunia. Ianya suasana yang sangat menyeramkan. Menunggu kedatangan Malaikat pun tersangat derita cemas dan gementar. Kita tahu kita bersalah dan kita tahu tidak ada peluang selamatkan diri. Kita akan menjerit melolong sekuat tenaga meminta ampun dan pertolongan Tuhan melepaskan kita dari siksaan demi siksaan. Allah!! Ini semua belum lagi dibawa hati mengingatkan siksaan neraka. Tentulah terlalu tidak dapat digambarkan. itulah sepatutnya ketakutan kita.
Jadi kenalah kita bina perasaan-perasaan yang tepat seperti yang Allah kehendaki. Inilah tujuan kehidupan kita. Kita perlu mengubah hati kita yang belum selamat. Kita mesti ubati penyakit-penyakit hati yang terlalu banyak. Carilah guru yang boleh mendidik kita merawat hati kita. Semoga Alah rezekikan kita selamat di dunia dan akhirat.
Makhluk halus hanya percubaan dari Tuhan untuk membantu kita mengukur hati kita. Jadikan ini semua motivasi untuk kita ubah diri kita menjadi hamba-hamba Allah yang benar-benar tulus menyerahkan hidup matinya kepada ketentuanNya. Allah mahu kita sempurnakan sedapat mungkin hati kita dengan Nur Ketuhanan dan Nur Kemuliaan Nabi Muhammad saw.
"Ya Allah! Ampunkan kami!!! Jadikan kami mempunyai rasa yang takut setakut-takutnya kepadaMu dan merasai rindu serindu-rindunya kepada Nabi Mu Nabi Muhammad saw. Jadikan kami merasa hamba sehina-hina hamba di sisiMu agar kami boleh bertolak ansur sesama kami dan memberi kasih sayang kepada sesama insan... Amin"
SUMBER
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Search
Total Pageviews
Popular Posts
- [DOA] HILANGKAN KESAKITAN KETIKA SEDANG MENGALAMI SAKIT SENGGUGUT, HAID TIDAK TERATUR~[INFO LENGKAP]~
- ~Untuk Wanita: 20 Tips Membuatkan Lelaki Geram Kepada Anda~
- ~[HOT] 4 GADIS MELAYU RATU CANTIK MISS MALAYSIA WORLD 2013 YANG BAGHAL~
- [VIDEO]~BERSAMA KETIKA HAMIL BAHAYA..?? ~SUAMI ISTERI~ TLG aMBIL tAHU..INFO PADAT
- ~Kisah Malam Pertama Sepasang Pengantin Remaja Yang Soleh Dan Solehah!!~ TerBEST..
- SEKSI SELEBRITI MALAYSIA DULU-DULU [40 FOTO]
- ~SENARAI HOTEL BERHANTU DI MALAYSIA~
- 19 Koleksi Gambar Panas Artis Popular (19 GAMBAR)
Recent Posts
Categories
Info Adam
Info Artis
Info Cool
Info Dunia
Info Fakta
Info Gila
Info Hawa
Info Jenayah
Info Keagamaan
Info Kesihatan
Info Lawak
Info Luar Negara
Info Lucu
Info Negara
Info Ngeri
Info Panas
Info Pasangan
Info Pelik
Info Petua
Info Politik
Info Resepi
Info Sedih
Info Semasa
Info Seram
Info Setempat
Info Suami Isteri
Info Sukan
MH 17
MH 370
Seram
World Cup 2014
Blog Archive
-
▼
2014
(2448)
-
▼
October
(405)
- Ngeri : 33 Foto Ngeri Peristiwa Kilometer 223.2 Pl...
- Info : Foto Makna Tahi Lalat Yang Ada Pada Tubuh K...
- Tips : Info & Foto Penyerahan Isteri Ketika Bers@t...
- [KISAH BENAR] FOTO ~KERANA SALAH PILIH HOTEL DI CA...
- [NGERI] 4 FOTO ~RAKYAT BERTARUH NYAWA LALUI JALAN ...
- [SADIS] FOTO ~SUAMI SANGGUP JADIKAN TUBUHNYA PERIS...
- [PELIK TAPI BENAR] 6 FOTO ~BUAH BERBENTUK PAYUDARA...
- [CUTE] 5 FOTO ~FOTO TERKINI ANAK ARIEL ZAFRIL & WA...
- [ALOLOLO COMEYY] 7 FOTO ~FOTO ANAK KEMBAR NURUL SY...
- [TERBAEKK] 8 FOTO ~MODEL BUAT PEMBEDAHAN PLASTIK P...
- [PANAS] 3 FOTO SCREENCAPT ~SEKSI ~PEMINAT TEGUR NA...
- [PANAS] 5 FOTO ~AKSI TERLAMPAU JASMIN HAMID TONGGE...
- [NYESAL] 6FOTO ~PEMBEDAHAN PLASTIK TAMAT TEMPOH, W...
- [AMIK UBAT] ~LELAKI INI DIPENJARA WALAUPUN KOMA~ A...
- [NGERI]NOW FOTO ~16 MAUT, 9 PARAH KETIKA KONSERT K...
- [SEDIH] - FOTO NGERI ~DIPANAH PETIR KETIKA JOGGING...
- [NGERI] 2VIDEO & 8 FOTO ~FOTO KESAN BELALAI@PUTING...
- [PANAS] FOTO-MANA MAU LARI WARTAWAN ~AKBAR LABELKA...
- [PANAS ]~ RUNGKAI ~KEMALANGAN BAS DI LEBUHRAYA KAR...
- [TERBAEEKK] 9 FOTO ~FOTO WAJAH NAZEERA, DI DAKWA A...
- [TRAGIS LAGI] 2 FOTO ~TOK IMAM MAUT DIREMPUH PROTO...
- [TRAGIS] FOTO ~KRONOLOGI KEMALANGAN MOTOR BERKUASA...
- [WOW] ~TMJ NIKAH JUMAAT INI, MAJLIS PADA 8 NOV 201...
- [SEDIH] 14 FOTO ~ALLAHYARHAM HAZALLI YANG MENINGGA...
- [PANAS] 10 FOTO YANG PERLU SEORANG PEMBIMBING~USTA...
- [TERBAEK] 8 FOTO ~KOLEKSI FOTO KHALEEDA BINTI BUST...
- [SEDIH] MEMALUKAN :1 FOTO SCRENNCAPT ~PEMAJU BAS E...
- [PANAS] ~BIARPUN DIMAKI SECARA PUKAL, ROZITA CHE W...
- [TRAGIS] SEDIH -LAGI 21 FOTO ~KEJADIAN SEBENAR 2 M...
- [PANAS] 5 FOTO ~GAMBAR MESRA DYANA SOFYA DAN ZAIRI...
- [MANTOP] 2 FOTO ~FOTO KEKASIH ANAK SULUNG ROZITA C...
- [GILA] 2 FOTO ~BAPA "KUNYAH" HIDUNG DAN BIBIR BAYI...
- [NGERI] 14 FOTO ~KESAN PATUKAN ULAR BERBISA~MINTAK...
- [GILER] ~Orang Tinggalkan Resit Bank Itu Memang Bi...
- [INGATAN] ~ELAKKAN DARI BERKAWAN DENGAN 8 ORANG JE...
- [INFO] ~TIPS JAGA LAPTOP DENGAN BETUL~ HARUS TAHU.!
- [INFO] ~MENGAPA PEHA BESAR?~ KENA TAHU TU...
- [PANAS] FOTO SCREEN CAPT ~KJ FRUST JADI MANGSA FIT...
- [FUHH] ~Senarai penuh gaji dan elaun Kerabat Diraj...
- [PANAS] 6 FOTO~RAMAI TERKEZUT & MEMUJI ADIK MB SEL...
- [PETUA] ~10 PETUA HILANGKAN PENYAKIT PANAU~
- [ILMU] ~PENGERTIAN KIFARAH~ HARUS BACA.!
- [ROMANTIS] 5 FOTO ~ULANGTAHUN PERKAHWINAN FIZO OMA...
- [PANAS] FOTO ~PENDEDAHAN MENGEJUTKAN HELIZA HELMI ...
- [INFO] ~MENARIK ! ~43 FAKTA TENTANG KUCING~
- [GILA] 2 FOTO ~BUDAK 9 TAHUN MENGAHWINI PEREMPUAN ...
- [PULAAKK] FOTO DI INSTIGRAM~INSIDEN BUKA TUDUNG: P...
- [PANAS] ~POLIS BURU EMPAT WANITA MANDI BOGEL TANPA...
- [TAHNIAH] ~FOTO YAZER (ROCK STEADY) & EKIN (AF3) B...
- [PANAS] 2 FOTO ~ADENGAN PANAS PELUK LISA SURIHANI ...
- [DASYAT] ~LELAKI INI MILIKI KERJA PALING BEST DIDU...
- [DASYAT] 8 FOTO ~KERETA KESAYANGAN MILIK PELAKON P...
- [INFO] ~KENAPA DIPANGGIL SELIPAR JEPUN , RAMAI YAN...
- [KAJIAN] ~KENALI 10 PERKARA HATI WANITA~JANGAN TAK...
- [PANAS] ~SAMM SOUND CHE TA "BAYAR SENDIRI URUSAN B...
- [INFO] ~CIRI-CIRI CALON SUAMI MENURUT ISLAM~ WAJIB...
- [ALOLOLO....COMEL] 9 FOTO ~RUPA SEBENAR PELAKON JU...
- [INFO] ~HUKUM MENCUKUR KENING~KENAPA?
- [INFO] BARU TAHU ~SEJARAH POKET KECIL PADA SELUAR ...
- [PANAS] TERNOW 3FOTO KANTOI ~EMMA MAEMBONG PELUK S...
- [PETUA] INFO ~WAJIB BACA! 5 CARA UNTUK BERISI@GEMU...
- [PETUA] ~CARA HILANG KAN SELULIT~ ADA KAN..??
- [INFO] ~SEJARAH MINYAK WANGI YANG ANDA TIDAK PERNA...
- [PETUA] ~8 TIPS KURANGKAN SENGGUGUT~ HARUS TAHU.!!
- [PANAS] ~KAKAK HENTAM MELISSA SAILA, KECEWA DENGAN...
- [PANAS] 1 FOTO~KERANA KEK ,SITI SALEHA DAN HAIRUL ...
- [BAGHAL BETOL] 2 FOTO ~SELFIE YANG MEMALUKAN, NAMP...
- [TERBAIK] 11 FOTO ~KERETA PALING LAJU DAN TERMAHAL...
- [PANAS] FOTO ~LUAHAN SEDIH EINA AZMAN DIPUKUL DAN ...
- [SERAM] 9 FOTO ~PENYAMARAN BURUNG HANTU YANG BELUM...
- [FAKTA] ~WAJIB BACA! KENAPA MUDAH MARAH~ PENYAKIT ...
- [PETUA] ~6 BAHAN UNTUK MEMUTIHKAN GIGI~ MUDAH JE..
- [SERAM] 4 FOTO~KERANA CINTA SEORANG LELAKI SANGGUP...
- [NGERI] FOTO ~MAYAT SEORANG LELAKI TERSANGKUT PADA...
- [INFO] ~BAGAIMANA HENDAK KHUSYUK DALAM SOLAT~ HARU...
- [FAKTA] ~7 RAHSIA TANGAN YANG ANDA TIDAK TAHU~
- [LAWAK] ~DIALOQ SUAMI ISTERI DI MALAM JUMAAT YANG ...
- [PETUA] ~6 KAEDAH UNTUK LEMBUTKAN DAGING YANG LIAT...
- [GEMPAK] ~14 FOTO YANG DIRAKAM PADA MASA YANG TEPAT~
- [GILA] ~PENOREH GETAH MENGAKU TIDAK SALAH LIWAT IS...
- [PANAS BERAPI] NOW ~GO TO HELL, AKU ROMPAK DUIT BA...
- [PANAS] 7 FOTO ~KERETA MITSU ASX JIHAN RAJA LAWAK ...
- [JIJIK] 3 FOTO ~ANDA MESTI TIDAK PERCAYA INI BILIK...
- [TERNOW] 10 FOTO ~RAUT WAJAH PILU KELUARGA2 MANGSA...
- [TERKINI] SEDIH [FOTO]~122 PETUNJUK BARU #MH370
- [PELIK] ~8 FOTO PELIK YANG BELUM PERNAH ANDA LIHAT~
- [TERBAEEKK] ~10 KELEBIHAN MENJADI LELAKI TIDAK HEN...
- [SADIS] 4 FOTO ~DIPECAT KERANA MH370~ KISAH BENAR
- [HATI2] ~TAHUKAH ANDA KESAN MINYAK WANGI KEPADA DI...
- [PANAS] 2 FOTO SCREENCAPT BUKTI ~10 SEBAB MEMEY DA...
- [PANAS] ~MAKI HAMUN AARON AZIZ DI LAMAN SOSIAL BUA...
- [NGERI] 3 FOTO ~WANITA MAUT TERJATUH DARI TINGKAT ...
- [NGERI] 3 FOTO ~APA KESALAHANNYA?? DOKTOR DI CHINA...
- [SEDIH] ~PENGORBANAN SEORANG DOKTOR, SANGGUP BERKO...
- [TERBAIK] ~HASAN MALEK GESA CONTOHI PENGUSAHA CEND...
- [NGERI] LAGI 13 FOTO KESAN PUTING BELIUNG LANDA PE...
- [SADIS] ~LELAKI MAUT SAMBIL MEMELUK ANAK TIRINYA A...
- [PANAS] 3 FOTO~PERKAHWINAN ERIN MALEK BARU SEMINGG...
- [INFO] ~MAKNA-MAKNA BUNYI HON~
- [NGERI] ~7 FOTO LINTAH BERSARANG DALAM HIDUNG SEOR...
-
▼
October
(405)
Powered by Blogger.
0 comments:
Post a Comment