Blogger news

[x]

Wednesday, 15 October 2014

On 08:32 by Unknown in ,    No comments
[PETUA] ~6 KAEDAH UNTUK LEMBUTKAN DAGING YANG LIAT~ MUDAH~ DAGING QURBAN MASIH ADA LAGI KAN?~



6 KAEDAH UNTUK LEMBUTKAN DAGING YANG LIAT 


Ramai di antara kita suka makan daging, tambahan pula ketika hari raya korban. Mesti dapat banyak daging percuma dari hasil korban pada hari tersebut. Tapi adakalanya daging yang dimasak jadi liat dan bila makan agak tidak berapa nak selesa ketika hendak kunyah. Lagi menyedihkan lagi bagi orang tua yang sudah tidak mempunyai keupayaan yang kuat pada rahang mereka, untuk makan daging tersebut.

Dengan ini, ada beberapa kaedah yang boleh diamalkan sebelum kita masak daging tersebut supaya menjadi lebih lembut dan mudah untuk dikunyahkan. Jom kita lihat 6 kaedah untuk lembut untuk lembutkan daging yang liat.

6 KAEDAH UNTUK LEMBUTKAN DAGING YANG LIAT

A) Daun Nangka



1) Sediakan beberapa helai daun nangka dan bersihkan terlebih dahulu.

2) Kemudian, masukkan sahaja daun nangka tadi ke dalam periuk bersama daging yang hendak direbus


B) Pinang Tua



1) Ambil setengah atau sebiji pinang tua

2) Kupas dan bersihkan

3) Masukkan ke dalam periuk yang untuk dimasak sekali dengan daging


C) Daun Betik



1) Cara ini khas untuk buat sate daging

2) Memula, hiriskan terlebih dahulu daging yang hendak dimasak

3) Kemudian, lumurkan daging tersebut dengan bahan-bahan perencahnya

4) Bungkus daging tadi dengan daun betik

5) Biarkan dalam satu jam

6) Setelah itu, barulah boleh bakar sate daging tadi dan lihatlah hasilnya nanti.



D) Tebu



1) Sebarang jenis tebu boleh digunakan

2) Buang kulit dan bersihkan

3) Potong tebu tadi secara memanjang seruas-seruas

4) Kalau nak buat daging rendang, masukkan je isi tebu tadi bersama-sama dengan bahan-bahan lain untuk menyediakan rendang. Kemudian, masaklah sampai rendang daging itu empuk.

5) Kalau nak buat sup daging, rebus isi tebu tadi bersama-sama dengan bahan untuk mereneh sub. Isi tebu tersebut berfungsi untuk melembutkan daging dan menambahkan lagi keenakkan.



E) Daun Pisang



1) Ambil daun pisang abu dan lapkannya dahulu sampai bersih

2) Kemudian, carik-carikkan daun pisang abu tadi

3) Masukkan terus ke dalam kuali bersama-sama dengan daging yang nak dimasak



F) Buah Keras



1) Tumbuk buah keras sampai lumat.

2) Masukkan ke dalam masakkan seperti gulai daging


Kesemua bahan-bahan untuk melembutkan daging di atas mudah untuk didapati. Kaedahnya sangat mudah dan tidak merumitkan. Lepas ni boleh amalkan dalam masakkan kita. Selamat mencuba ye.

SUMBER

0 comments:

Post a Comment