Blogger news

[x]

Thursday, 16 October 2014

On 03:40 by Unknown in ,    No comments
[PETUA] ~6 BAHAN UNTUK MEMUTIHKAN GIGI~ MUDAH JE...




6 BAHAN UNTUK MEMUTIHKAN GIGI


Gigi merupakan salah satu aset kecantikkan bagi seseorang itu. Namun, gigi akan mudah menjadi kuning dan rosak jikakalau tak dijaga dengan betul. Setiap hari kita dikehendaki untuk menggosok gigi kita kerana kuman-kuman perosak mudah berjangkit pada gigi. Tambahan pula, gigi adalah organ untuk kita mengunyah makanan.

Antara faktor penyebab kepada gigi kuning adalah merokok, minum arak dan suka minum air yang berkafein. Namun usah bimbang kalau gigi kita menjadi kuning kerana ada bahan yang boleh membuatkan gigi yang kuning menjadi lebih putih.

Oleh itu, Giler Kentang ingin kongsikan bahan-bahannya. Jom teruskan pembacaan anda.


6 CARA UNTUK MEMUTIHKAN GIGI

1) Arang Kayu

- Arang kayu sangat bagus untuk membersihkan gigi kuning. Namun, bahan ini agak berbahaya kerana boleh merosakkan enamel secara kekal dan menimbulkan rasa sakit pada gigi. Oleh itu, tidak digalakkan untuk menggunakan kaedah ini

2) Lemon dan Garam

- Titisankan sedikit jus lemon dan letak secubit garam ke ubat gigi ketika kita hendak menggosok gigi. Selepas itu, gosokkan pada gigi seperti hendak menggosok gigi seperti biasa. Cara ini sedikit sebanyak dapat membantu menghilangkan kesan karat pada permukaan gigi.


3) Kulit Limau

- Gosok gigi dengan menggunakan pemukaan bahagiaan dalam kulit limau. Kulit limau mengandungi unsur pemutih yang sangat lembut yang akan memutihkan gigi tanpa memberbahayakan lapisan enamel pada gigi.


4) Daun Kari

- Ambil 6 helai daun kari, kemudian dijemurkan di bawah cahaya matahari hingga kering dan rangup. Kisar daun kari tadi dan tambah serbuk kulit limau. Gosok campuran ini setiap hari dan nescaya dalam masa dua minggu akan dapat warna gigi yang putih lagi berseri.


5) Strawberry

- Strawberry bukan sahaja enak dimakan, tetapi buah ini kaya dengan vitamin C yang mempunyai khasiat untuk memutihkan dan membersihkan gigi.


6) Ekstrak Epal dan Cuka Putih

- Ekstrak buah epal dan cuka putih juga sangat berkesan menghilangkan kekuningan pada gigi. Hal ini kerana dua dua bahan ini mengandungi unsur pemutih yang boleh mengembalikan gigi menjadi putih. Akan tetapi, dua dua bahan ni sifatnya sangat keras dan boleh mengundangkan kerosakkan pada enamel sekiranya diamalkan setiap hari.



SUMBER

0 comments:

Post a Comment