Blogger news

[x]

Thursday, 2 October 2014

On 10:15 by Unknown in , ,    No comments





“Malah saya turut mengalami kemurungan akibat pengambilan hormon. Lebih baik saya terima saja hakikat saya dilahirkan sebagai lelaki,” katanya.

Chelsea yang mengalami krisis identiti sepanjang membesar memilih menjadi pondan dikenali sebagai Miss Malibu sebaik dewasa.

Dia juga pernah mengalami kemurungan selepas usahanya melakukan pembedahan jantina ditolak doktor.

Bagaimanapun, Chelsea yang kerap meniru gaya Katie dengan memakai kasut tumit tinggi serta rambut palsu sepertinya kemudian terserempak dengan idolanya itu di sebuah kelab malam pada 2007.

Semangatnya kembali berkobar-kobar untuk melakukan pembedahan selepas Katie memberi galakan dan dia berjaya memujuk doktornya membuatnya.

Malangnya, tujuh tahun selepas pembedahan itu, Chelsea mahu kembali menjadi lelaki tanpa mengeluarkan wangnya sendiri.

Pertubuhan Pembayar Cukai (TPA) berkata NHS tidak patut melayan permintaan Chelsea itu.

Pengarah penyelidikannya Alex Wild berkata: “NHS perlu menapis kes-kes yang memang memerlukan rawatan berbanding pembedahan yang dibuat sekadar untuk memenuhi kehendak kecantikan.

“Cukuplah wang pembayar cukai dibazirkan,” katanya.

Sementara itu, Chelsea tidak langsung menunjukkan rasa bersalah kerana mahu NHS membiayai pembedahannya untuk kembali menjadi Matthew. – Agensi

0 comments:

Post a Comment