Blogger news

[x]

Monday, 6 October 2014

On 23:12 by Unknown in , ,    No comments

Perbualan Antara Doktor dan Ibu Yang Ingin Menggugurkan Kandungan Ini Akan Membuatkan Sesiapa Sahaja Akan Berubah Fikiran.......


Seorang ibu berjumpa seorang doktor berkenaan kandungannya.

” Doktor, anak saya belum pun lagi berumur 1 tahun, tapi saya dah kembali mengandung.”

Doktor menyambung, ” Baiklah, jadi apa yang Puan hendak saya lakukan?”

Wanita tersebut menjawab, ” Saya harap doktor boleh membantu saya untuk gugurkan kandungan ini.”

Doktor diam seketika, dan berkata, ” Saya ada cadangan yang lebih bagus untuk puan, dan ianya kurang berbahaya untuk puan.”

Wanita tersebut senyum kerana merasakan doktor telah menerima permintaanya.

Doktor menyambung bicaranya,

” Untuk mengelakkan puan ada 2 orang anak pada satu masa, apa kata kita bunuh anak pertama puan. Dengan ini puan dapat berehat sebentar sementara anak di dalam kandungan ini lahir. Jika kita bunuh salah seorang dari 2 anak puan ni, tak kisah kan nak bunuh yang mana satu. Satu lagi, tak akan ada apa-apa risiko jika kita pilih anak pertama puan.”

Wanita tersebut rasa terkejut dan sedikit marah,

” Tak boleh doktor, membunuh merupakan satu jenayah. lebih-lebih lagi budak kecil yang tak tahu apa-apa.”

“Saya setuju.” Doktor mencelah.

” Tapi puan sendiri yang bersetuju untuk melakukan perkara ini pada permulaan tadi.”Doktor menyambung bicara.

Doktor tersenyum dan kemudian menerangkan wanita tersebut bahawa, tidak ada beza membunuh anak yang sudah lahir dan masih di dalam kandungan, kedua-duanya tetap anak yang perlu kita jaga.

0 comments:

Post a Comment