Blogger news

[x]

Thursday, 9 October 2014

On 07:36 by Unknown in , ,    No comments
Kira-kira 80 km sebelah barat daya dari ibu kota Provinsi Turki "Antalya", bersebelahan dengan bandar Cirali di sebelah barat daya Turki

Batu yang terus menyala ini terletak di sebuah gunung yang berbatu dan didalam batu itu terus mengeluarkan Api yang menyala selama ribuan tahun lamanya. 


Sekitar Puluhan titik nyalaan api itu membakar di bahagian yang berhampiran dengan gunung, sebab-sebab api menyala kerana terdapat gas metana yang bermasalah yang keluar melalui lubang pengudaraan. 

Penduduk Turki menyebut Batu Terbakar itu dengan sebutan Yanartas, dan mereka menganggarkan bahawa api itu telah menyala selama 2500 tahun lamanya. 

Lubang ventilasi tersebut merupakan pelepasan terbesar dari gas metana abiogenic yang dijumpai atas tanah setakat ini. 


Selama beratus-ratus tahun yang lalu, para nelayan Turki boleh melihat nyalaan api itu dari laut dan mereka sering memanfaatkannya sebagai penunjuk arah untuk mengemudi arah kapal.

Tapi saat ini Batu Terbakar itu lebih sering digunakan oleh para pendaki untuk memasak dan membancuh teh atau sebagai penghangat disaat cuaca sejuk.




0 comments:

Post a Comment