Blogger news

[x]

Thursday, 9 October 2014


Kuantan: Seorang gadis yang bakal mendirikan rumah tangga menempuh detik cemas apabila dilarikan oleh dua lelaki berkopia sebelum dipercayai dirogol di dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda, di Jaya Gading, di sini, kelmarin. 

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, mangsa berusia 21 tahun dibawa lari dua lelaki tidak dikenali terbabit ketika sedang berbual dengan tunangnya di taman permainan di Sungai Isap Jaya, di sini, dengan menaiki kenderaan berkenaan. 

Difahamkan, sebuelum kejadian seorang daripada suspek keluar dari kenderaan dinaiki mereka lalu memegang tangan dan memaksa gadis itu masuk ke dalam kenderaan menyebabkan mangsa menjerit meminta bantuan. 

Pada masa yang sama, tunang mangsa berusia 20 tahun cuba menghalang namun gagal apabila suspek bertindak agresif dengan menolak lelaki itu sebelum suspek membawa leri mangsa dengan menaiki kenderaan pacuuan empat roda berkenaan. 

Harian Metro difahamkan, kali terakhir mangsa menghunungi ahli keluarganya menggunakan telefon bimbit ketika ke Jaya Gading, di sini, sebelum suspek merampas telefon miliknya dan memutuskan talian. 

Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh ketika dihubungi, di sini, semalam, mengesahkan ada menerima laporan berhubungan kejadian mangsa dibawa lari oleh dua lelaki dengan menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda berwarna putih. 

"Mangsa ditemui orang awam dalam kenderaan menangis serta tidak terurus di Jaya Gading, di sini, sebelum dibawa ke balai Polis Jaya Gading untuk siasatan lanjut berhubung kejadian itu, awal pagi semalam, kira-kira jam tujuh sebelum kejadian," katanya. 

Menurut hasil, pemeriksaan di tempat kejadian, Polis menemui kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki suspek milik seorang kontraktor dilaporkan hilang pada bulan itu.

0 comments:

Post a Comment