Blogger news

[x]

Sunday 14 September 2014


[TAHNIAH] FOTO ~PELAKON JANGAN PANDANG BELAKANG CONGKAK MENGAKHIRI ZAMAN ANAK DARA~



Jutaan tahniah diucapkan kepada pelakon Mon Ryanti Muhammad Sahudina Lee, 26, selamat diijabkabulkan dengan pasangannya di Dewan Sangkar Kristal, Johor Bahru, pada jam 10.25 malam Jumaat yang lalu. Mon Ryanti sebelum ini pernah membintangi filem seperti Jangan Pandang Belakang Congkak, Mantera dan Hantu Dalam Botol Kicap. Selain berlakon, Mon Ryanti juga merupakan seorang penyampai radio Ultra.fm.

Dengan hanya sekali lafaz, Mon Ryanti telah sah bergelar isteri kepada ah bergelar isteri kepada Mohd Hasrul Ali, 26 tahun. Mas kahwin berjumlah RM515.15 dan hantaran sebanyak RM25,000 telah diberikan oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan. Majlis pernikahan telah berlangsung dengan kehadiran kira-kira 200 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan kenalan rapat.



Tahniah diucapkan kepada Mon Ryanti dan pasangan atas perkahwinan ini. Semoga berbahagia sehingga ke syurga. Semoga cepat-cepat dikurniakan cahaya mata. Tahniah!!!


SUMBER

0 comments:

Post a Comment